|
»» Related Links
|
 |
|
|
»» Kaunter
|
 |
|
|
|
»» TKO @ Facebook
|
 |
 |
|
»» Login Ahli
|
 |
|
|
|
»» Hasil Seni
|
 |
Album Sakrat
Koleksi Cerpen
|
|
»» Official Sponser
|
 |
 |
|
»» Online Panel
|
 |
Members: 138299
Visitors Online: 153
Hi,You're our visitors
|
|
|
|

D I G I T A L D O M E - No Light No Life
..:: Simfoni Kasih - Episod 20 ::..
Posted on: Jun 20, 2010 - 05:17 AM by d0me
|
|
Share this articles on Facebook
Dan seperti janjiku dulu, kini aku kembali lagi kesini seperti masa dahulu. Kepantai yang begitu setia menanti kedatanganku.
Angin yang menderu laju pada petang itu menghangatkan lagi kenangan yang tiba-tiba menyinggah dihati. Aku masih mematungkan diriku dibatu yang begitu setia seperti masa dulu. Kuluahkan apa yang terpendam dihati disini.
Airmata masih lagi menjadi teman yang setia. Kala aku terus mengingati kisah duka semalam, aku akan terus hanyut dibuai mimpi-mimpi sedih. Hati ini masih lagi berduka walaupun kejadian itu telah dua tahun berlalu. Tapi aku masih terasa seolah-olah semalam ianya berlaku.
YA ALLLAH, aku sentiasa bermunajat kepadaMu ILAHI. Lapangkanlah hatiku, tenangkanlah jiwaku untuk aku terus melangkah didunia yang penuh dengan pancaroba. Aku berterusan berdoa agar diberikan aku kekuatan untuk terus hidup dan melupakan segala kisah pahit itu. Aku ingin terus membuang segala kenangan yang melukakan hatiku itu.
Aku pandang langit yang membiru. Kulihat burung-burung berterbangan diangkasa nan luas. Alangkah bebasnya mereka. Berterbangan bebas tanpa perlu merasa bimbang. Aku juga ingin seperti itu. Melepaskan diriku dari episod duka itu. Aku semakin asyik memerhatikan suasana sekeliling. Terleka sebentar dengan keadaan yang begitu mendamaikan jiwaku.
“Assalamualaikum......” tiba-tiba tegur satu suara dibelakangku. Aku terperanjat dan segera menoleh.
Aku mengurut dada kerana terperanjat. Aku bangun namun kakiku tergelincir dan hampir terjatuh. Namun tangan sasa itu menyambut tubuhku. Terus sahaja aku berada didalam pelukannya. Aku tergamam sebentar. Mata kami bertatapan. Namun aku segera sedar dan segera melepaskan diri dari dakapannya dan berdiri.
“A...aaa.. apa encik Ikhman buat dekat sini?” soalku sedikit tergagap. Dia cuma tersenyum memandangku yang mengelabah. Aku segera menyedari kesalahanku.
“Ooo.... waalaikumsalam. Maaf I terperanjat sikit tadi,” jawabku menutup kesalahan. Ketika dipejabat, seringkali aku selalu menegurnya dan kini aku pula yang terlupa. Memang aku mudah lupa. Aku tersipu-sipu bila mata galak encik Ikhman masih terus memandangku beserta senyumannya.
“Apa yang encik Ikhman buat disini?” soalku sekali lagi. Kini aku sudah dapat bertenang.
“Hmmmm? Disini? Tak ada buat apa-apa. Just walking. Cadang nak pergi memancing tadi,” beritahunya. Sesekali mata kami bertatapan dan dadaku bergetar kencang. Entah mengapa aku tidak dapat ku temui jawapannya .
Memancing? Tapi aku tak nampakpun joran memancing ditangannya. Aku pandang kebelakang manalah tahu kalau-kalau ada yang datang bersamanya. Tetapi tiadapun. Aku pandang dia sekali lagi dengan dahi yang berkerut-kerut.
“I nak tengok tempat dulu tadi. Barang-barang ada didalam kereta. Bila dah dapat cari tempat yang sesuai baru I nak ambil joran,” beritahunya sekali lagi seolah-olah mengerti apa yang aku fikirkan.
Aku semakin keliru dengan penjelasannya. Namun aku diamkan sahaja. Malas untuk bersoal lanjut. Tanpa menghiraukannya, aku memandang sekeliling.
“I datang seorang saja.” Jelasnya. Aku tersenyum memandang dirinya yang berdiri bertentangan. Pasti dia dapat mengagak apa yang sedang berlegar-legar dalam kepalaku.
“Buat apa tadi? Lama I tengok you duduk termenung disini?” soalnya seolah-olah telah lama memerhatikan gerak-geriku. Bagaimana aku tidak perasan sedari tadi ada yang memerhatikanku dari jauh?
“Tak ada apa-apa. Saja duduk disini sambil menghirup udara segar disini. Dah lama rasanya menghidu udara di KL tu. Sesekali nak juga rasa udara segar tanpa pencemaran,” jawabku selamba.
Encik Ikhman sudah tersenyum-senyum. Aku pula tak tahu nak berkata apa selepas itu. Dia ni kalau tak tengok aku tak sah ke? Dah la kat pejabat asyik curi-curi pandang aje takkan kat sini pun nak buat juga. Cucuk mata tu nanti bari tau. Baru jadi Kasim Selamat. Aku mengomel sendiri.
“Apa yang you omelkan tu, Zati. Tak baik tau cakap sorang-sorang. Kita berdua ni,” ujarnya. Senyumannya itu masih tak lekang dari bibirnya.
Alahai... dengarlah pulak dia. Balasku didalam hati. “Tak ada apa-apalah encik Ikhman. Hmmm....tak apalah, encik Ikhman. Dah senja dah ni. I beransur dululah,” mohonku. Aku segera memusingkan badan dan ingin beredar. Lagi lama aku disini, aku pulak yang beku dalam cuaca panas begini.
“Kadangakala Zati... jangan terlalu membelenggu diri dengan kisah-kisah lalu. Jadikannya sebagai kekuatan untuk you teruskan kehidupan. ALLAH takkan menguji kalau dia tahu you tak kuat menghadapinya.”
Kata-kata dirinya itu membuatkan langkahku terhenti serta-merta. Aku berpaling semula mengadapnya. Aku tenung anak matanya mencari makna disebalik kata-katanya tadi. Penuh maksud yang tersirat dan hanya dia sahaja yang memahaminya.
“Apa maksud encik Ikhman? I tak faham?” soalku agak keras.
Apa yang dia tahu dan mahu sebenarnya? Bagaimanakah dia tahu aku disini? Adakah dia mengekoriku? Aku semakin keliru dengan tingkahnya. Dia seolah-olah mendekatkan hatinya untuk aku gapai. Menghampirkan aku dengan jiwanya untuk aku teroka. Aku semakin kebingungan dengan tingkahnya. Semakin melemaskan aku.
“Tak ada makna tertentu. I tak bermaksud apa-apapun. Sedari tadi I memandang you. Lama. Dan dari cara pandangan you itu I dapat merasakan yang you sedang menanggung sesuatu bebanan perasaan yang sungguh berat,” ujarnya bersahaja. Entahkan betul entahkan tidak tapi kata-kata itu membuatkan aku terpempan.
Dia melarikan pandangan matanya kearah pantai yang membiru itu. Walaupun matanya kini dilindungi oleh kaca mata gelapnya tapi aku yakin dia menjeling kearahku yang mengelabah ini. Aku tergamam dengan kata-katanya.
“Tak ada apa-apa yang berlaku pada I, encik Ikhman. I sekadar menikmati panorama alam ciptaan ALLAH ini sahaja. Dekat KL tak ada semua ni,” selindungku. Kalau pun aku ingin berkongsi derita hatiku ini, pasti bukan dia orangnya. Tak mungkin!
“Dari wajah you sudah cukup menceritakan segalanya yang ada dihati you, Zati. Tak perlu untuk you menceritakannya. Segalanya jelas tergambar. Kekeruhan wajah you mempamerkan yang you sedang menderita,” tekannya lagi.
Ah.. ! katalah apa saja tapi yang menanggungnya aku. Aku yang telan segala kepahitannya. “Kalau benar sekalipun tekaan encik Ikhman itu, biarlah hanya I sahaja yang menanggungnya.” Akhirnya aku mengalah. Aku tidak mahu dia berterusan membincangkan topik yang terlalu peribadi ini. Aku tidak mahu berkongsi duka ini dengannya. Dia bukan sesiapa denganku.
“Kenapa you tak mahu orang berkongsi kisah itu dengan you?” soalnya seolah-olah semakin tahu apa yang telah aku lalui dan deritai. Nampaknya dia masih tidak mahu keluar dari topik ini. Sebaliknya akulah yang perlu melarikan dia dari sejarah hidupku.
“Orang perempuan ni sensitif sikit bila bercakap tentang ‘berkongsi” ni, encik Ikhman. Kalau boleh elak, baik elakkan. Kalau tidak ada perang meletus nanti. Susah,” selorohku. Akhirnya dia tertawa. Aku hanya tersenyum.
“Pada I selagi termampu, biar I yang uruskannya. I tahu bila masa I perlukan pertolongan seseorang dan bila masanya tidak. Waktu I perlukan pertolongan, I pasti mohon bantuan. Itu cara I,” ujarku akhirnya. Aku rasa biarlah dengan kata-kata ini menamatkan cerita yang baru ingin bermula ini.
“I sedia membantu kalau you perlukan pertolongan, Zati.” Encik Ikhman menghulurkan bantuannya. Namun aku hanya mampu tersenyum.
Apalah yang mampu engkau lakukan Ikhman. Sedangkan aku sehingga kini masih menderita dan tidak tahu bagaimana cara untuk merawatnya, apatah lagi engkau yang tidak tahu apa yang telah terjadi kepadaku. Keluhku didalam hati. Terlalu mudah untuk menuturkan bicara tetapi untuk menunaikannya teramat payah!
“Insya ALLAH. Sekiranya I perlukan pertolongan encik Ikhman nanti, I akan minta dari encik Ikhman. Jangan bimbang.” Aku membalas kata-katanya. Menutup segala kepincangan yang ada.
“Oh ya..... oleh kerana encik Ikhman sudah ada disini, apa kata I belanja encik Ikhman makan ikan bakar. Special,” pelawa ku tiba-tiba. Entah bagaimana idea ini boleh tercetus. Selebihnya aku mahu melarikan topik ini dari berpanjangan.
“Apa yang specialnya?” soalnya sambil memberikan senyumannya kepadaku. Percayalah, salah satu tarikan dirinya adalah senyumannya yang menggoda itu. Boleh cair jiwa dibuatnya.
“Sebab I yang bakarkan untuk you,” jawabku sambil tertawa. Dia ikut tertawa kerana tahu aku mengenakannya. Mesra.
Lantas dia menyaingi langkahku. Akhirnya kami sampai direstoran ayah. Aku lihat ramai orang telah mula membanjiri restoran makanan laut ayah. Aku menyuruhnya duduk disalah satu kerusi yang kosong dan aku akan kembali semula nanti.
Setelah itu, aku terus kebelakang. Abang Ijam, abang Asrul dan abang Latif begitu sibuk dengan tugas masing-masing. Begitu juga umi dan ayah. Suasana mula hingar-bingar. Dimeja hadapan ada beberapa meja yang belum lagi diambil pesanannya. Lantas aku segera membantu Kak Nur yang kelam kabut kerana sudah ada yang menjerit kepadanya. Mungkin kerana telah duduk terlalu lama tetapi masih tidak dilayan. Terlupa aku seketika pada encik Ikhman.
Hampir setengah jam berlalu, aku duduk melepaskan lelah. Sungguh aku benar-benar keletihan dengan kerja ini. Bukan tidak biasa. Kalau dulu pasti aku tidak akan duduk walaupun telah hampir tiga jam aku terkejar sana sini tapi kini aku kelelahan. Mungkin sebab sudah terlalu lama aku duduk dibilik yang berhawa dingin. Tak banyak peluh yang keluar. Itu sebab aku cepat penat. Secara tiba-tiba aku terpandang encik Ikhman. Mata kami bertentangan. Dia tersenyum sahaja. Aku pula mengelabah. Segera aku mendapatkan dirinya. Masya ALLAH. Sungguh aku benar-benar lupa padanya yang setia menanti. Aduh... apalah nak jadi dengan aku ni? Mudah lupa!
“Maaf, encik Ikhman. I terlupa. Encik Ikhman dah makan?” soalku menutup kesalahanku. Aku melihat mejanya dan bertambah terkejut. Apa tidaknya, mejanya masih lagi kosong walaupun untuk segelas air.
“Ya ALLAH..........” aku terjerit kecil. Mahu sahaja aku melompat katak disitu juga. Aku menepuk dahi berkali-kali. “Maaf, encik Ikhman. Maafkan I,” ulangku berkali-kali.
“Tadi ada juga yang datang bertanya. Tapi, I tunggu you. Lagipun you dah berjanji dengan I yang you akan bakarkan ikan untuk I. You kata ianya special. Jadi, I tunggu you masakkan untuk I. Seribu tahunpun tak mengapa, Zati, I sanggup menunggu you,” jawab encik Ikhman perlahan penuh makna tersendiri. Dia tetap tersenyum. Bersahaja memandangku yang terkedu.
Aku segera mendapatkan abang Asrul untuk membantuku memilih ikan-ikan yang segar untuk aku bakarkan khas buat bosku ini. Aku memilih ikan jenahak, ikan pari, udang, sotong dan ketam. Aku bakarkan dengan menambahkan sambal khas buatan umi diatasnya. Asap berkepul-kepul naik keudara. Terbatuk-batuk kecil aku dibuatnya. Mengibas-ngibas asap itu agar tidak terkena mukaku. Sesak nafas dibuatnya.
Dalam asyik aku membakar ikan dan yang lain, aku terasa ada kehangatan tubuh lain disebelahku. Aku menoleh. Aku lihat encik Ikhman tersenyum. Aku membalas seadanya.
“Janganlah asyik senyum aje bos, nanti I tak dapat tidur pulak malam ni,” selorohku yang terkejut dengan kehadirannya. Dia turut mengambil kipas yang digunakan abang Asrul sebentar tadi dan membantu aku membakar ikan.
“I memang nak buat you selalu terkenangkan I,” bisiknya ditepi telingaku. Terpana aku seketika. Aku segera memandangnya. Berani sungguh dia buat macam tu. Kalau umi dengan ayah tengok apa pulak kata mereka nanti. Tentu seribu andaian akan bermain-main dibenak mereka. Sudah pasti mereka menganggap aku mempunyai hubungan yang ‘istimewa’ dengan bos ku sendiri.
“Nanti jelous pulak ‘your girlfriend’, bos. Tak sanggup I kena serang. Malu I nanti,” balasku pula. Dia hanya tersenyum. Tidak langsung membalas kata-kataku.
Malam itu aku berasa senang berada disampingnya. Kami boleh bergelak ketawa bagaikan sahabat lama yang sudah lama tidak bertemu. Aku senang dengan sikapnya yang ramah. Ketika aku perkenalkannya pada umi dan ayah, dia tidak kekok langsung untuk berbual dengan mereka. Jika tidak mengenalinya betul-betul, tentulah tiada siapa yang mengetahui yang dia adalah anak seorang Dato’. Pangkat dan darjat yang disandangnya tidak langsung menjarakkan hubungan antara kami. Ada sahaja topik yang dibualkan bersama-sama ayah dan umi.
Setelah dia menikmati ikan dan makanan lain, dia segera membantuku mengumpul pinggan mangkuk yang ada diatas meja. Aku menegah namun tidak diendahkannya. Aku melihat dari jauh, dia langsung tidak merasa janggal untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Malah berpeluh juga dia ketika membantu abang Latif mencuci pinggan mangkuk dibelakang. Aku tergelak kecil. Selama ini aku melihat dirinya hanya disaluti kemeja dari jenama terkenal sahaja. Kini dia hanya berT-shirt leher bulat dan berseluar paras lutut membasuh pinggan mangkuk. Terlalu aneh dan asing untukku menyatakan kebenarannya. Tapi, itulah yang terjadi.
Aku menghidangkan minuman kegemarannya, nescafe panas. Kuhulurkan padanya ketika dia duduk menjulurkan kakinya. Kepenatan barangkali. Aku pun penat apatah lagi dia yang baru pertama kali menunjukkan bakat yang terpendam itu.
“Ha......... kan dah penat. Tadi bukankah I dah melarang. Encik Ikhman kan tak biasa dengan semua kerja ni. Kerja ni memang penat bagi orang yang tak biasa,” bebelku padanya.
“Baru I tahu kerja ni memang penat. Tapi seronok sebenarnya. Dapat layan macam-macam orang. Dapat tengok macam-macam gelagat orang, Best!” balasnya sambil menghirup minumannya. Aku tersenyum memandangnya.
“Penat?” sapa ayah dari belakang. Umi pula datang menatang sedulang minuman lagi. Kami berdua tersenyum.
“Malam ni tidur ajelah dirumah umi. Lagipun dah malam nak balik keCherating tu,” pelawa umi setelah meletakkan dulang dan duduk sebelahku. Aku tergamam dan memandang wajah umi.
“Tak mengapalah. Terima kasih. Saya okey lagi, umi,” tolak encik Ikhman penuh sopan. Aku juga merasakan tindakannya wajar. Apa rasionalnya untuk dia menerima pelawaan umi dan ayah.
“Tak mengapalah. Jauh nak sampai keCherating tu. Apa salahnya tidur disini. Bukannya ada sesiapa dirumah tu. Ati seorang sahaja. Tidur ajelah disini. Lagipun kami dah nak balik ni. Bolehlah kita sekali,” pelawa ayah pula. Sedikit tegas.
Akhirnya encik Ikhman mengalah. Aku juga kematian kata-kata. Umi pula menyokong. Kami bersama-sama beriringan menuju kerumah yang terletak tidak berapa jauh dari restoran.
Sesampai sahaja dirumah, ayah terus menyuruh encik Ikhman tidur didalam bilik yang selalu dihuni abang Fikri sekiranya bermalam disini sebelum keTerengganu. Mungkin ayah tahu yang encik Ikhman tidak pernah membuat kerja-kerja restoran dan memahami tentang keadaan dirinya yang terlalu penat itu.
Aku juga terasa ingin merebahkan diriku. Sudah lama tidak membuat kerja-kerja begini membuatkan tubuhku juga keletihan. Aku ingin sahaja melelapkan mata tapi ianya tidak mahu terpejam. Kenangan itu kembali menjelma. Aku mengiring kekiri dan kekanan tetapi mataku ini terlalu payah untuk lena.
Kemudian aku keluar semula dari bilik. Aku duduk disofa diruang tamu bertemankan kesuraman cahaya lampu diluar rumah. Sunyi dan sepi. Kepekatan malam itu menambahkan lagi kepiluan yang sering berlagu dalam jiwaku. Aku termenung disitu. Aku cuba lupakan apa yang telah berlaku namun setiap episod kenangan itu semakin menjelmakan dirinya. Berlegar-legar diruang mataku. Tatkala itu juga airmataku mengalir lesu kepipi. Tiba-tiba hatiku menjadi sayu.
Aku terasa bahuku diusap orang. Kulihat umi berjalan dan duduk disebelahku. Aku percaya dia telah lama memerhatikan tingkahku. Aku pandang wajahnya. Aku rebah dalam pangkuan umi. Aku menangis dalam pelukannya.
“Ati dah cuba, mi. Dah cuba lupakan semuanya. Tapi tak boleh, umi. Ati tak tahu cara apa lagi yang perlu Ati buat. Tolong Ati, umi. Ati sakit sangat kat dalam ni. Sakit sangat,” luahku didalam sendu.
“Berdoalah. Minta pada ALLAH petunjuk agar hati Ati tenang kembali. Doa adalah ubat yang paling mustajab,” pujuk umi. Tangannya mengusap belakangku. Aku terasa damai seketika. Aku dibiarkan menangis seketika. Mungkin umi membiarkan aku meluahkan apa yang sedang aku deritai bersama airmata yang mengalir ini.
“Dah dua tahun semuanya berlaku. Tapi, bila Ati balik kampung baru-baru ni dan terserempak dengan diaorang, Ati masih tak boleh berdepan langsung. Ati rasa dikhianati. Ati rasa nak bernafaspun tak boleh. Ati rasa marah sangat. Tapi, Ati tak boleh nak luahkannya,” luahku lagi dalam sendu.
“Ati kasihan pada mak dengan abah. Ati rasa bersalah. Sebab kejadian ni, diaorang serba salah. Sana anak, sini anak. Ati tersepit, umi. Ati tak tahu nak buat apa.” Aku terus menangis dan menangis.
“Sabarlah, nak. Insya ALLAH, semua nanti akan selesai juga. Satu hari nanti,” umi terus memujuk.
“Tapi, bila umi? Bila? Ati dah tak mampu nak menanggung semuanya. Ati tak boleh nak duduk sorang-sorang. Kalau Ati sendirian, semuanya Ati ingat. Tiap-tiap malam Ati tak boleh tidur. Ati menangis sendiri. Ati dah tak tahan. Ati nak hidup bahagia. Ati nak rasa bebas dari semuanya,” aduku.
“Insya ALLAH. Satu hari nanti umi percaya Ati akan terlepas dari semua ini. Umi rasa elok rasanya Ati cari pengganti. Mungkin dengan cara ini Ati boleh lupakan Fahmy. Siapa tahu?” usul umi. Dalam tangisan itu, aku tertawa kecil dengan cadangan umi. Tak masuk akal langsung.
“Ati tak terfikir kearah itu, umi. Ati takut nak melangkah lagi kealam itu. Ati takut akan terjadi sekali lagi. Semuanya Ati takut,” balasku sedikit tegas dengan pendirianku setelah apa yang telah terjadi kepada diriku.
“Tapi, kalau ada seorang lelaki yang baik, datang dan ingin menyunting Ati, apa salahnya. Kerja ALLAH mana kita tahu. Umi gembira,” sangkal umi.
“Tapi, nak tentukan dia baik atau tidak susah, umi. Macam-macam benda boleh terjadi. Entahlah umi. Ati tak mahu fikirkan semua itu lagi. Kalau boleh Ati nak tenangkan diri Ati dulu,” jawabku.
“Hmmm....... iyalah. Umi akan ikut saja apa yang telah Ati rancang dan fikirkan. Baik pada Ati, baik jugalah pada umi. Sudahlah tu. Dah hampir pagi ni. Pergilah tidur. Esok dah nak balik keKL. Nanti mengantuk pula. Kalau tak boleh tidur, zikir banyak-banyak. Insya ALLAH, nanti terlena juga,” nasihat umi.
Aku melangkah masuk semula kedalam bilik. Tidak mahu menerbitkan kebimbangan dihati umi. Namun aku tidak menyedari bahawa sedari tadi ada telinga yang sedang menelinga perbualan antara aku dan umi sebentar tadi. Aku terlupa ada insan lain dalam rumah itu.
|
Comments
dhee
Jun 20, 2010
|
Hu hu hu ..bestnyer..sambung la cepat lg...
|
anazabri
Jun 21, 2010
|
uish mentang2 la ada org tu suruh upload lelaju.... ya, dome....
|
putery
Jun 21, 2010
|
uiks... kak ana jeles laaa pulak..... lain kali kak ana lak pujuk d0me... sure on the spot dia upload!... hehehheee BTW - lps ni dah x ada adegan airmata dah yer... hrp2 jangan sesapa sedoh2 lagi..... :)
|
anazabri
Jun 21, 2010
|
tak jeles la putery.... suka adalah he he he.... tp I tau dome tak akan termakan pujukan I.....
|
nora1407
Jul 02, 2010
|
terima kasih daun keladi, cepat-cepatler upload lagi...ngeeeeeee....kak putery, cerita ni takde buku ke??^^...aik ada lagi 40chapter, takde adegan airmata??menarik ni...hoho...
|
dejayu2204
Jul 12, 2010
|
penantian nih mmg satu penyeksaan.. so cecepat ler upload..
|
amynee
Jul 15, 2010
|
next please...........cite ni dh makin best....tlg la jgn lm sgt syok dh ni...nnti jgn lp trbitkan novel ye i gerenti beli nye..k gd kuck...
|
gu_er
Jul 16, 2010
|
huuu..best2.huuu..sedih...huuu..romantik..huuuu..suke!!!!!!!!!!
|
riss
Jul 19, 2010
|
tak sabar nak tggu episod strusnya...
|
nora1407
Jul 25, 2010
|
oh wahai si tokeikedaii...biler nak smbungg..isk2..berkulat2 dah menunggu ni..telo ayam pun dah menetas...plllllzzzzzzzzzz......*puppy eyes**big smile*....
|
|
|
|
Di Host & Di Taja Oleh Exabytes Network - Web Hosting Yang Stabil & Bermutu
Copyright Tokeikedai Online Networks© [Setiu,Terengganu] 1998 - 2009
|
|