|
»» Related Links
|
 |
|
|
»» Kaunter
|
 |
|
|
|
»» TKO @ Facebook
|
 |
 |
|
»» Login Ahli
|
 |
|
|
|
»» Hasil Seni
|
 |
Album Sakrat
Koleksi Cerpen
|
|
»» Official Sponser
|
 |
 |
|
»» Online Panel
|
 |
Members: 138299
Visitors Online: 217
Hi,You're our visitors
|
|
|
|

D I G I T A L D O M E - No Light No Life
..:: Simfoni Kasih - Episod 19 ::..
Posted on: Jun 14, 2010 - 05:16 PM by d0me
|
|
Share this articles on Facebook
Aku memandu kePutrajaya. Ketika aku sampai disana, sang mentari semakin menyembunyikan dirinya. Tirai petang semakin melabuhkan sinarnya. Senja mula menjelmakan diri. Aku duduk berteleku disitu. Memandang kehadapan yang kosong. Sekosong fikiranku saat ini. Aku pandang pandangan dihadapan yang semakin kelam. Sekelam duniaku tika ini. Aku duduk diam membisu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Dan secara tiba-tiba sayup-sayup dari kejauhan aku terdengar suara azan menggamit umat manusia menunaikan suruhan ALLAH yang satu itu. Ya ALLAH, apakah yang perlu aku lakukan? Berikanlah aku kekuatan untuk menentang dugaan yang datang ini tanpa kuduga sama sekali. Pintaku halus. Tiada apa yang mampu aku lakukan selain dari berdoa.
Dan aku turut terpanggil untuk menunaikan suruhanNYA. Kuaturkan langkah kaki menemui ILAHI. Ingin kuadukan kedukaan hatiku padaNYA. Ingin kulahirkan kekecewaanku. Ingin kuluahkan segala yang terpendam dijiwaku ini kerana aku tahu hanya DIA yang dapat mengerti segala-galanya. Hanya DIA yang mendengar dan memahami aku tika ini. YA ALLAH..... dalam kegembiraanku rupanya aku hanyut dan alpa, ada duka yang menghampiri aku.
Selesai bersolat aku bermunajat sebentar. Aku mohon semoga DIA memberikan aku ketenangan hati dan kelapangan fikiran untuk aku terus memikirkan hidupku untuk hari-hari esok. Memberikan aku kekuatan untuk aku berdiri dan terus melangkah. Memberikan aku kesabaran untuk aku menerima takdir ini dengan hati yang terbuka.
Aku duduk sebentar ditengah-tengah padang dihadapan masjid. Aku pandang sekeliling. Apa yang aku inginkan tika ini adalah ketenangan hatiku sendiri. Aku amat-amat memerlukannya. Akhirnya aku tarik nafas panjang dan aku bangun melangkah menuju kekeretaku yang terletak tidak jauh dari situ. Aku perlu hadapinya. Aku perlu tabahkan hati walaupun terlalu pahit dan teramat payah untuk aku terima ujian ini. Aku perlu selesaikan segalanya dengan segera. Aku tidak harus lari dari kenyataan yang telah terjadi. Aku tidak mahu terus terluka. Akhirnya, aku membuat keputusan dan memandu pulang kerumah.
Dihadapan rumah, aku perhatikan suasana terang benderang. Banyak kereta diletakkan dikiri kanan jalan. Selalunya tidak begitu. Aku mengomel sendirian. Aku pandang jam di dashboard kereta. Sudah jam 9.30 malam. Aku dapat rasakan badanku kepenatan. Terlalu penat. Bukan sahaja penat fizikal tetapi mental juga. Buntu aku kala ini. Tidak tahu apakah jalan terbaik yang perlu aku lakukan agar tidak ada lagi hati-hati yang terluka. Biarlah hatiku ini luka berdarah sekalipun tetapi aku tidak sanggup untuk melukakan hati emak dan abah.
Aku buka pintu kereta dan aku gagahkan juga langkahkan kakiku menuju kemuka pintu rumah walaupun terasa payah. Oh kaki mengapakan terlalu berat langkah yang kau aturkan? Aku berbicara sendiri. Aku terus melangkah perlahan dan apabila terdengar derap bunyi tapak kaki, semua mata memandang kearah pintu. Langkah kaki aku turut terhenti. Aku pandang wajah mereka satu per satu. Ada yang aku kenal dan ada yang tidak. Mungkin mereka dari kejirananku sendiri. Entahlah, aku malas nak berfikir lagi. Aku tarik nafas panjang sambil menyambung kembali langkahku menuju pintu rumah.
Setibanya dimuka pintu rumah, emak terus menerkam dan memeluk aku sambil menangis. Aku terpana seketika. Namun aku perlu kuatkan hati dan cuba menahan airmata dari turut sama gugur sederas airmata emak. Aku usap belakang emak perlahan. Dan apabila pelukan kami terlerai, aku lihat wajah dihadapanku satu-satu. Abah, atuk dan opah serta makcikku turut ada diruang tamu itu memerhatikan aku yang kebingungan. Masing-masing berwajah sugul. Begitu juga dengan keluarga Fahmy dan beberapa orang jiran kami. Aku memimpin emak dan duduk disofa yang telah dibiarkan kosong. Dan percayalah andainya aku terus bersandar pada perasaan, nescaya aku akan rebah saat ini juga. Aku turut terhanyut bersama perasaan dukaku ini. Tapi, aku perlu bersandarkan pada realiti. Aku perlu tabahkan hati, kuatkan semangat agar aku tidak rebah bersama perasaanku.
“Sabarlah, mak. Menangispun tak ada gunanya. Benda dah jadi. Keluar airmata darahpun apa yang kita boleh buat. Ati cuba terima semuanya seikhlas hati,” pujukku. Emak masih terus menangis. Abah datang sebelahku. Belakangku diusapnya perlahan. Mendamaikan lara hatiku ini seketika. Aku pandang mata bening abah sedalamnya. Cuba mencari apa yang tersirat disebalik redup matanya itu. Aku tahu dia tahu kedukaanku kerana selama ini dia dapat membaca apa yang tersurat dan tersirat dalam jiwa anaknya ini. Luka ini terlalu dalam, abah. Duka ini terlalu parah. Aku cuba mencerakin fikiranku agar abah dapat membacanya.
Akhirnya tubuhku terkulai juga didalam pelukan abah. Airmataku menitis jua akhirnya. Aku kalah juga dengan perasaanku. Aku terpaksa tunduk juga dengan ujian yang berat ini. Aku dibiarkan begitu beberapa ketika. Mungkin abah memberikan aku peluang untuk melahirkan kedukaanku melalui airmata. Aku menangis dan menangis dan akhirnya titisan itu berhenti dengan sendirinya walaupun sendunya masih kedengaran. Aku tarik nafas panjang.
“YA ALLAH......” keluhku perlahan sambil menyapu sisa-sisa airmata yang masih lagi mengalir. Jemari abah turut sama membantu. Pasti mukaku, mataku merah akibat tangisan itu. Aku lantas tersenyum memandangnya. Walaupun hambar tapi aku tahu sekurang-kurangnya dapat juga melegakan perasaannya. Sebab dia tahu, walaupun luka itu masih merah, tapi dia tahu aku tabah dalam membina semangat yang semakin luntur ini. Aku genggam jemarinya. Inginku ambil dan berkongsi kekuatan darinya kerana hanya dia yang mengerti perasaan anaknya ini. Genggaman erat itu berbalas.
“Tak apalah. Abah dengan mak janganlah susah hati. Ati tak mahu berbohong dengan apa yang Ati rasa sekarang. Kalaupun Ati berbohong, tak ada siapa yang akan percaya. Mak dengan abahpun tahukan macamana sayang dan kasihnya Ati pada Fahmy. Dan dengan apa yang mereka buat pada Ati terlalu sukar untuk Ati maafkan. Apatah ;agi untuk Ati lupakan. Ati terlalu kecewa....luka sangat-sangat. Tak dapat Ati nak gambarkan macamana. Sampai hati diorang buat pada Ati macam ni. Apa salah Ati?” Ujarku tersekat-sekat.
“Tapi apa yang Ati boleh buat. Ini pilihan diorang. Jalan ini yang diorang berdua pilih. Ini yang diorang nak. Walau tak rela sekalipun, Ati kena redhakan juga. Mungkin sayang Fahmy pada Ati tak sekuat sayang Ati pada dia. Atau kasih yang Ati berikan pada dia tak cukup untuk dia percaya yang Ati betul-betul sayang pada dia. Tak tahulah. Hati orang Ati tak boleh nak agak. Emak dengan abah jangan bimbang. Ati takkan buat benda-benda yang tak tentu. Iman Ati masih kuat. Ati sayang emak dengan abah lebih dari semuanya. Mungkin ada hikmah disebalik semua yang terjadi ini. Jangan risaukan Ati. Ati takkan apa-apa. Insya ALLAH,” pujukku lagi memberi mereka keyakinan yang aku sememangnya telah kembali kealam realiti. Aku mahu mereka terus yakin dengan aku.
“Habis tu apa keputusan Ati sekarang?” soal abah. “Apa-apa saja keputusan Ati, kami terima,” sambungnya lagi. Penuh diplomasi. Itula abah.....
Aku terus memandang Fahmy dan Hanni yang masih lagi berteleku dihadapannya. Muka masing-masing menunduk. Mungkin malu, mungkin takut. Aku malas nak fikir dan pedulikannya. Biarlah. Aku juga baru terperasan yang muka Fahmy lebam dibawah dagu kirinya. Mungkin kerana tamparan daddy yang bertalu-talu sebentar tadi. Kulitnya yang cerah itu menampakkan lagi kesan lebam itu.
Dan aku pandang pula Hanni, satu-satunya adikku dunia dan akhirat. Sampai hati dia melakukan kerja terkutuk itu. Dengan tunang kakaknya sendiri pulak tu. Kalau ikutkan hati aku yang ada sekelumit rasa marah ini, mahu saja aku cekik-cekik mereka berdua. Mahu saja aku tampar-tampar mereka berdua. Biar puas hatiku. Tapi bila difikirkan sebaliknya untuk apa aku berperangai seperti itu? Menunjukkan pada mereka yang aku ini seorang yang mudah kalah? Aku tak mahu kalah dihadapan mereka. Takkan sekali aku tunjukkan pada mereka.
“Apa yang Ati nak, Fahmy berkahwin dengan Hanni. Walaupun mereka tak pernah malu dengan perbuatan mereka, tapi janganlah pulak nak malukan semuanya orang terutamanya emak dengan abah. Semua saudara mara dan jiran dikampung sudah tahu dengan majlis perkahwinan ni. Ati minta diteruskan juga cuma pengantinnya saja yang dah bertukar. Itu saja,” tegasku pada abah dan emak. Itulah keputusanku yang aku kira baik untuk semua pihak. Andai kerbau yang membawa lumpur, janganlah dipalitkan pada semuanya. Biarlah sedikit sahaja yang terkena.
“Kalau semua orang tanya, mak dengan abah cakap aje Ati yang mungkir janji. Ati yang lari untuk berkahwin. Saat-saat akhir Ati ubah fikiran. Hanni yang terpaksa gantikan tempat Ati. Biar diorang kata pada Ati, tak apa. Ati tak sanggup emak dengan abah yang kena kata. Semua orang tak perlu tahu apa yang telah terjadi. Emak dengan abah tak perlu bimbang. Ati takkan muncul pada majlis itu,” ujarku lagi. Pedihnya hati tatkala aku melafazkan kata-kata itu, Tuhan saja yang tahu. Serasa pedih menikam jiwa. Luka dihati semakin berdarah.
“Ati nak pergi mana?” soal emak tiba-tiba. Mimik mukanya terserlah kebimbangan hatinya. Dan aku tahu kebimbangan hatinya itu. Mungkin dengan segala yang berlaku ini, padanya, aku akan membuat perkara yang bukan-bukan. Mungkin itu juga perasaan seorang ibu yang sukar aku tafsirkan dengan mata hati.
“Emak jangan bimbang. Dengan semua yang terjadi ni, Ati nak cari ketenangan. Ati takkan buat benda-benda bodoh. Ati nak balik Pahang. Rumah umi. Ati nak cari ketenangan disana. Ati nak bersendirian. Ati nak cuba lupakan semuanya. Harap mak dengan abah restuinya. Ati mohon mak..,” pintaku perlahan agar mereka rasa kedukaanku. Ya, aku ingin lupakan segalanya tapi mampukah aku??? Aku bermonolog sendirian. Suasana tiba-tiba sepi.
Emak peluk diriku sambil merestui jalan yang telah aku pilih. Sekurang-kurangnya kegusaran hatinya yang timbul sebentar tadi telah padam. Dia tahu aku akan selamat disana. Dan dia juga tahu aku akan dijaga dengan sempurna nanti. Umi pasti akan mengkhabarkan tentang keadaanku dan segalanya pada emak. Itu dapat aku pastikan dengan keakraban mereka berdua.
Aku malas untuk mengeluarkan kata-kata lagi. Aku tak peduli keadaan sekelilingku. Aku bangun dan melangkah kebilikku. Bilik yang telah menghancurkan segala kepercayaanku pada Fahmy dan Hanni. Bilik yang mencoretkan sebuah kisah duka didalamnya. Bilik yang tak ingin aku jejaki lagi. Biarlah ini kali yang terakhir aku melangkah kedalamnya. Kupandang sekeliling satu persatu. Penuh nostalgia. Aku pandang potret Fahmy yang ada disisi katilku. Kenangan lama menjengah kembali. Airmata kembali menitis. Pahitnya kenyataan peritnya kelukaan. Lalu, kuambil beg dan aku penuhkannya dengan segala keperluanku. Aku mahu biarlah segala-galanya berakhir disini.
Kemudian aku turun ketingkat bawah. Dipertengahan jalan, mummy datang menemui dan memelukku. Tiada kata yang dapat aku bicarakan. Hati yang terluka akan bertambah parah. Walau bukan kemahuannya, segalanya telah terjadi. Kami harus pasrah.
Sedari tadi aku memang menyedari kehadiran mummy. Aku tahu dia juga turut terluka dengan perbuatan anaknya. Harapannya berkecai sekelip mata sebagaimana impian aku turut hancur. Hanya dengan tindakan tanpa akal mereka melenyapkan impian yang terbina. Pastilah hancur luluh hati mummy dan daddy. Airmata mummy mengalir tanpa henti. Ku usap belakangnya. Memujuknya. Aku memandang daddy dari kejauhan. Sayu dan pilu terlukis diwajahnya. Sesayu dengan kepiluan atas hadiah anaknya sempena hari lahirku yang ke-25 ini.
“Bukan salah sesiapa dengan apa yang terjadi, mummy. Ini pilihan mereka. Ati akan tetap anggap mummy macam biasa. Tak akan ada yang berubah. Kalau mummy dengan daddy rindu pada Ati, mummy dan daddy boleh datang jumpa Ati bila-bila masa aje. Jangan salahkan diri mummy dengan daddy,” pujukku padanya.
Aku berjalan melangkah melintasi Fahmy dan Hanni. Tiada kata yang terkeluar dari mulut mereka berdua. Hanya renungan mata mereka sahaja mengiringi aku. Aku tahu Fahmy ingin berkata sesuatu. Pandangan matanya menceritakan segalanya. Tapi untuk apa? Untuk menambahkan lagi luka hatiku agar semakin dalam dan tidak akan sembuh sampai bila-bila? Aku tidak perlukan kemaafan. Aku tidak perlukan penjelasan kerana segala-galanya telah jelas. Seandainya mereka dahagakan kemaafan, bukan aku yang patut memberikannya. Tetapi orang tua kami. Luka hatiku ini pastilah tidak seteruk penghinaan yang akan orang tua kami terima seandainya perkara ini terbongkar.
Aku perlu kuatkan hati. Aku bersalam dengan abah, emak dan saudara maraku. Pada Melisa dan Rozita aku beritahu aku tidak mahu tinggal disini lagi. Aku tidak mahu terus diburu kenangan yang pahit itu. Dan bagai memahami mereka juga bersetuju untuk berpindah.
Kak Lin berkeras mahu menghantar aku kerumah umi. Aku terpaksa mengalah. Lagipun aku malas mahu bertelagah dengan kepalaku yang semakin memberat dengan masalah. Padaku, aku mahu segera keluar dari sini. Aku rasa sesak untuk aku terus bernafas disini seolah-olah tiada lagi untukku ruang kosong yang dapat menyalurkan oksigen keparu-paru.
Kereta yang dipandu abang Fikri seakan terlalu perlahan melewati malam itu. Suasana sepi menyelimuti kami didalam kereta. Cuma sesekali kak Lin bertanyakan aku andai aku lapar atau inginkan sesuatu. Nampak sangat kerisauan diwajahnya.
Bukan Ati tak mahu untuk berkata sesuatu kak Lin. Tapi, jiwa Ati sakit sekarang ni. Segalanya sakit. Keluhku didalam hati.
Aku sampai diKuantan bila hari sudah larut malam. Itupun abang Fikri terpaksa berhenti beberapakali untuk minum. Mungkin mengantuk memandu dengan suasana yang diselubungi kebisuan itu. Hanya ditemani alunan muzik dari corong radio kereta. Dan kedatangan aku telah disambut umi dan ayah sudah sedia menanti. Mungkin Kak Lin sudah memaklumkan pada mereka awal-awal lagi. Sekali lagi tubuhku hilang dalam pelukan. Kali ini umi pula yang melakukannya.
“Janganlah menangis, umi. Dah banyak sangat airmata tumpah hari ni,” pintaku. Sebolehnya aku tidak mahu menangis lagi. Aku penat!
“Hmm.... iyalah tu. Sudah... jangan menangis lagi. Ati pergilah berehat. Ati letih tu. Mandi dan pergi tidur. Esok aje kita sambung cerita. Lin... Fik balik esok aje. Ambil cuti. Nak balik KL dah lewat sangat ni,” arah ayah sambil mengangkat begku menuju kebilik yang biasa aku huni apabila aku balik kesini.
Aku turuti langkahnya. Badan aku terlalu letih. Apatah lagi dengan menampung kepalaku yang semakin memberat ini.
Aku baring diatas katil. Aku cuba lelapkan mata. Namun ketukan dipintu membuatkannya terbuka semula. Wajah umi muncul dimuka pintu yang tidak berkunci itu.
“Umi dah siapkan air mandian. Pergilah Ati bersihkan badanku sikit. Baru sedap nak lelapkan mata,” arah umi. Aku menganggukkan kepala sahaja. Tidak mahu membantah.
Terasa segar apabila air mengenai badanku. Kedinginan malam itu membuatkan air mandianku bertambah sejuk dari biasa. Mengeletar seluruh tubuhku. Selesai mandi, aku terus baring semula. Aku masih lagi mencuba untuk melelapkan mataku. Namun hampa.
Tatkala sendirian begini, semuanya datang menjelma. Semuanya terbayang diruang mata. Bagaikan sebuah filem cereka yang diulang tayang semula. Aku menutup mulutku dengan tangan. Takut tangisanku akan kedengaran hingga keluar bilik. Aku tidak mahu mereka menyedari yang aku sedang menangis.
Aku luahkan semula kedukaanku dengan tangisan. Aku duduk bersandar dibirai katil. Aku memandang syiling rumah seolah-olah terlukis segalanya disana.
Aku bangun akhirnya menuju kebilik air. Aku rebah dikaki sejadah. Aku sujud dikaki ILAHI. Kuadukan segalanya kepadaNYA. Aku terus duduk berteleku.
Tiba-tiba sayup kedengaran azan subuh berkumandang memecah keheningan pagi. Aku yang masih termangu dikaki sejadah, turut terkejut. Aku tidak dapat melelapkan mata walaupun sepicing.
Aku sujud sekali lagi dikaki ILAHI. Mengadu dan terus mengadu. Hanya padaNYA sahaja tempat aku meluahkan rasa hati. Hanya DIA yang memahami dan tidak akan jemu mendengar setiap keluhanku.
Aku terdengar kicauan burung-burung yang menyanyi mendendangkan irama memecah keheningan pagi itu. Kubuka jendela. Kulihat mentari semakin menampakkan wajahnya. Sinarnya menyimbah kewajahku. Kuhidu udara segar. Kesegarannya menyelinap kesegenap liang rongga tubuhku.
Aku menoleh apabila kedengaran pintu bilikku terkuak dari luar. Kulihat umi dan Kak Lin dimuka pintu. Aku tersenyum pada mereka walaupun wajah mereka menampakkan kebimbangan. Dan yang pastinya senyuman aku semakin hambar.
“Marilah, kita sarapan. Umi masak nasi lemak hari ini. Atikan suka makan nasi lemak sambal sotong. Marilah kita makan sama-sama. Ayah dengan abang Fikri dah lama tunggu dimeja makan. Lagipun Kak Lin nak balik pagi ini,” ajak umi pagi itu. Aku hanya menuruti langkah mereka tanpa membantah walaupun perutku sebu untuk menerima sebarang makanan.
Aku tidak mahu menghampakan umi yang bersusah payah menyediakan makanan kegemaranku itu. Aku juga tidak mahu mereka terus bimbang dengan keadaanku. Luka hatiku biarlah aku rawat sendiri. Aku tidak perlu mengheret mereka bersama dalam derita yang sedang kutanggung.
Aku gagahkan juga menyuapkan nasi lemak itu kedalam mulut dan menelannya walaupun terasa pahit. Sarapan kami pagi itu hanya bertemankan kebisuan. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garpu yang berlaga dengan pinggan. Namun tiada sepatah kata yang terkeluar dari mulut ayah, umi mahupun Kak Lin. Abang Fikri apatah lagi. Terus diam membisu.
Selesai menikmati sarapan, aku terus naik keatas. Aku perlu bersendiri. Aku berdiri ditepi jendela. Kupandang keluar. Fikiranku tetap bercelaru dengan kejadian semalam. Bersimpang siur hingga tidak tahu apa yang patut aku lakukan sekarang. Yang mana harus aku mulakan dulu.
Aku menoleh apabila terasa ada tangan mengusap belakangku. Aku lihat umi disebelahku. Kak Lin, abang Fikri dan ayah telah duduk disofa. Aku tidak sedar bila masanya mereka berada diruang tamu itu. Terlalu jauh aku termenung. Akhirnya umi memimpinku dan duduk bersama-sama dengan mereka.
“Ati tahu umi dengan ayah bimbang dengan keadaan Ati dan apa yang terjadi. Tak perlulah Ati cerita segalanya sebab Ati tahu umi dengan ayah pasti dah tahu semuanya.Tak perlulah Ati berbohong. Memang Ati kecewa. Ati sedih dan semuanya. Dan, Ati perlukan masa untuk lupakan semua ni. Ati tak tahu sampai bila tapi Ati berdoa agar semuanya tak lama. Apa yang Ati perlukan sekarang ialah masa sahaja. Masa yang akan menentukan apa yang akan terjadi seterusnya. Cuma Ati mohon kebenaran untuk menumpang disini seketika. Ati tak tahu mana lagi nak pergi,” luahku.
Umi memeluk diriku. “Kenapa Ati cakap macam tu. Inipun kan rumah Ati juga. Kalau Ati nak duduk selamanya pun umi tak menghalang. Umi lagi suka,” jawab umi. Badanku dibelai penuh kasih.
“Ayahpun macam tu, Ati. Ayah tak la risau sangat kalau Ati ada depan mata ayah. Atipun tahu yang Ati adalah anak kami. Jadi, Ati boleh tinggal disini selama mana yang Ati suka. Jangan Ati nak fikir yang bukan-bukan,” tegas ayah pula.
“Terima kasih umi..... ayah. Ati terhutang budi pada umi dengan ayah,” ujarku lagi.
“Jangan cakap macam tu Ati. Apa yang kami harap, Ati cuba lupakan apa yang dah terjadi. Apa yang berlaku ini adalah ujian ALLAH. Pasti ada hikmah disebaliknya. Ayah mahu Ati terus kuat dan sabar dalam menghadapi ujian kali ini. Anggap aje ini adalah ujian kecil. Pasti ada yang lebih besar lagi,” pujuk ayah.
Sekurang-kurangnya kata-kata ayah menaikkan semula semangatku yang hampir pudar itu. Ya, ini hanyalah sebahagian dari ujian didalam kehidupanku. Mungkin petunjuk dari ALLAH yang mahu memberitahu bahawa Fahmy bukanlah jodoh yang sepadan denganku. DIA tidak mahu aku meneruskan langkah kakiku kerana pasti aku tidak akan merasa bahagia kemudian nanti walaupun kami sudahpun mengenali hati budi masing-masing. Perjalanan kehidupan kami masih jauh dan kami tidak tahu apa yang bakal terjadi.
Bermula dari saat itu, aku menjadi tetamu tetap pantai ini. Aku merasakan ada kedamaian yang aku temui disini. Bayu yang bertiup lembut, deruan ombak yang menghempas pantai, kicauan beburung menerbitkan irama yang mendamaikan hatiku yang rawan.
Aku tidak pernah merasa sunyi. Bila petang bertamu, aku mula sibuk membantu umi dan ayah direstoran. Sekurang-kurangnya aku sibuk dengan keadaan sekeliling. Aku gembira membantu direstoran. Aku mula meninggalkan minatku iaitu melukis. Malah melupakan terus cita-cita untuk menjadi arkitek.
Tapi, aku tidak pernah lupa untuk mengunjungi pantai ini. Aku tetap setia. Sesetia ombak pada pantai. Ianya menenangkan hatiku. Mengubat lukaku. Aku kesini selama dua tahun sehinggalah aku menerima tawaran bekerja diKuala Lumpur semula. Semuanya atas paksaan kak Lin yang mahukan aku berubah. Dia tidak mahu aku terus membelenggu diri dengan kenangan semalam yang menyakitkan. Dan dari itu bermula episod pelarianku. Akhirnya aku aturkan langkah kaki mengatur hidupku yang baru disana dan meninggalkan pantai yang menjadi temanku yang setia menerima kehadiranku saban hari. Setia dalam mendengar setiap luahan hatiku. Tak pernah jemu.
Tinggallah pantai yang setia. Aku pasti akan kembali lagi mengingati detik-detik kita bersama. Tunggulah kepulanganku. Janjiku. |
Comments
aishasoffea
Jun 15, 2010
|
huhuhu..sedihnya
|
d0me
Jun 15, 2010
|
hai baru episod 19 dah sedih. ada 60 episod lagi tau.ha ha ha
|
nora1407
Jun 16, 2010
|
huh..dahler tgh emo ni..baca part ni..lagi lerr emoooo...@_@...60more epi??productive ler sket upload2 tu =D...kang sampai sy dah stat kejo tak abes2 lg story mory morning glory niii...*peace*
|
putery
Jun 16, 2010
|
nora.. koje.... bukan kejo.. nak kejo apa??? hehehhehee...... huhuhuhuuuuu... igtkan citer ni dah lenyap dari dunia maya... rupanya ada lagi yg setia menanti..... :P adoi!!! akak ni dah ketinggalan ketapi laaaaaa.. jauhnya kebelakang.... (actually dah lupa ada citer ni sebenornya..... dah tua dah)
|
nora1407
Jun 16, 2010
|
aish kak putery, same jeee...hahaha..tulis time tgh bengong camtu ler jawabnyee....koje apa???haaa...itu yg kite tak tau..:P...potong org kot...tu ler pasal...ni nak kena baca balik fm 1st epi ni..dah lupe dah jalan cerita..sighh...(tgk..penulis pun dah tak igt dah...*signal kat org tu soh active sket*..tgh2 tgk bola tuh...upload2 sket...2 in 1..^^)...arigato, xie xie ni, komawo, thank u..muahahha
|
gelungemas
Jun 18, 2010
|
yer cepat2 sambung..ade org tgh mengikuti...syiok lak layan citer ni ..di kala ketiadaan keje...
|
anazabri
Jun 21, 2010
|
episod 19 dah sedih... lepas ni siapkan aje la tisu bila bukak tko ni he he he... hai nora... putery..... lamanya tak "kedengaran".... nora, jgnla digesa2 cik abang kita takut nanti merajuk pulak....
|
|
|
|
Di Host & Di Taja Oleh Exabytes Network - Web Hosting Yang Stabil & Bermutu
Copyright Tokeikedai Online Networks© [Setiu,Terengganu] 1998 - 2009
|
|