http://exabytes.com.my/partners/tokeikedai/
Portal ini ditaja oleh Exa-Bytes Networks


Tokeikedai Online Hyper Portal
HoMe Lirik Forum Cerpen Pesta Jiwa Quran
 »» Related Links

Most-read story in Novel:
Tiada Noktah Cinta - Episod 1

 »» Kaunter

 »» TKO @ Facebook

 »» Login Ahli




 


 Log in Problems?
 New User? Sign Up!

 »» Hasil Seni
album-terbaru Album Sakrat

buku-terbaru Koleksi Cerpen

 »» Official Sponser

 »» Online Panel
Members: 138299
Visitors Online: 152

Hi,You're our visitors


 »» Menu Kedai

Informasi:

  • Info WebTeam
  • Panduan Ahli
  • Banner Promosi
  • TKO @ Media
  • Nota TKO

    Kolumunis:

  • SpyKedai
  • Meor Pesta Jiwa
  • Malim Pelita

    Perkhidmatan:

  • Album TKO
  • Arkib Artikel
  • Ihya Ramadhan
  • Tafsir & Ayat Quran
  • Sinopsis Drama
  • Tutorial
  • Senarai Ngetop

    Multi:

  • Email Kami
  • Promosikan Kami



  • ..:: Simfoni Kasih - Episod 16 ::..
    Posted on: May 06, 2010 - 07:41 AM by d0me

    Share this articles on Facebook

    Aku meninggalkan apartment Kak Lin tepat jam 8.30 malam setelah aku makan malam bersamanya. Dalam perjalanan pulang, aku menerima panggilan dari mummy agar aku dapat datang kerumahnya malam itu. Ada perkara yang ingin dia bincangkan. Namun kutolak dengan alasan aku baru sahaja pulang dari rumah Kak Lin dan hari telah jauh malam. Tapi, aku telah berjanji akan menemuinya petang esok sekembalinya aku dari pejabat.

    Seperti yang telah aku janjikan, aku melangkah masuk kedalam rumah mummy yang terletak diAmpang. Aku sudah menghafal setiap kedudukan dari pasu bunga hinggalah perabot didalam rumah kerana sudah sering kesini. Aku terpaksa membiasakan diriku kerana kami akan menetap disini apabila sudah berkahwin nanti. Itu adalah permintaan mummy dan daddy Fahmy. Aku tiada masalah mengenainya kerana mereka juga telah kuanggap seperti emak dan abah.



    Kuberikan salam namun tiada sahutan. Aku menjengah kedalam rumah tapi tiada orang diruang tamu. Aku terus melangkahkan kaki keruang dapur. Dalam pertengahan aku berjumpa dengan bibik. Dia mengarahkan aku ketingkat atas.

    Aku aturkan kakiku naik ketingkat atas. Aku mendengar seperti ada pertelagahan kecil didalam satu bilik. Segera pintu bilik itu kukuak. Aku melihat mummy sedang bercakap sesuatu pada daddy yang duduk diatas kerusi dan Fahmy yang sedang baring diatas katil sambil memejamkan matanya. Aku sudah dapat mengagak apa yang sedang berlaku.

    Pasti mummy melahirkan ideanya untuk bilik itu ataupun warna langsir dan daddy dan Fahmy mendengarnya dengan kebosanan. Aku tertawa kecil. Ketawaku mengundang kejutan pada mereka bertiga. Fahmy yang sedang berbaring segera bangun dari katil. Mungkin kepenatan kerana baru sampai dari Johor Bharu.

    Aku menyalami mummy dan daddy dan hanya tersenyum memandang Fahmy. Aku duduk dikerusi meja solek yang terdapat disitu.

    “Kenapa mummy? Ati dengar bising-bising je. Sampai kebawah dengarnya,” soalku.

    “Mummy minta pandangan daddy dengan Fahmy tentang warna dalam bilik ni. Mummy nak juga pandangan diaorang tapi semuanya tak boleh pakai. Fahmy nak cat bilik ni warna kuning, daddy pulak warna hitam. Macam orang berkabung je,” omel mummy. Kulihat daddy dan Fahmy tertawa besar. Aku turut sama tersenyum.

    “Itu yang mummy minta Ati datang beri pendapat. Pendapat diaorang berdua ni langsung tak boleh pakai,” marah mummy bila pandangannya dipandang enteng. Sesungguhnya aku kagum dengan mummy. Semua persiapan diatur dengan rapi agar tidak ada yang tercicir walaupun yang kecil.

    “Apa pendapat mummy pulak?” soalku pula apabila mummy sudah mula mendengus tanda sakit hati dengan daddy dan Fahmy. Itu tandanya marahnya akan berpanjangan.

    “Mummy cadangkan bilik ni dicat warna-warna lembut contohnya cream. Sebab perhiasan dalam bilik ni warna hijau muda dan putih. Jadi ada kombinasi warna,” terang mummy tentang ideanya.

    Aku berfikir. “Cantik juga mummy. Lagipun naik warnanya. Rumah Ati nanti warna ‘light purple’ pulak. Memang padan. Satu lembut, satu terang. Ati setuju dengan cadangan mummy,” ujarku menyokong ideanya.

    “Tengok. Kalau dengan Ati, pasti senang kerja mummy. Tak teruk nak menghabiskan air liur menerangkan satu persatu,” balasnya yang nyata gembira dengan persetujuanku.

    “Kalau mummy dah tahu bincang dengan Ati senang, kenapa masih nak berbincang dengan kami. Mie baru balik dari JB. Penatpun belum hilang. Mummy dah soal macam-macam. Mana boleh nak fikirkan,” rungut Fahmy.

    “Mummy bukannya apa. Mummy mahu buat yang terbaik untuk anak mummy ni. Mummy ada seorang je anak. Jadi mummy mahu biarlah semuanya sempurna agar kita akan kenang sepanjang hidup kita,” mummy beremosi. Aku turut terheret sama. Sungguh besar pengharapannya pada majlis ini. Benar telahanku dengan kak Lin, setiap semua dari majlis ini, dia inginkan sentuhan darinya.

    “Mie minta maaf, mummy. Mie bukannya nak menyinggung perasaan mummy. Cuma Mie bimbang kalau-kalau mummy jatuh sakit sebab benda-benda ni semua,” balas Fahmy beralasan. Aku mengakuinya.

    “Mummy, lagipun janganlah kelam kabut sangat. Lambat lagi. Lebih kurang enam bulan. Banyak masa lagi. Mummy dengan emak sama je. Ati tak mahu, bila tiba masanya nanti, mak dengan mummy jatuh sakit pulak. Siapa yang susah?” sokongku pada pendapat Fahmy.

    “Mummy tahu. Tapi, biarlah mummy siapkan yang major tu dulu. Mana benda-benda yang kecil tu, mummy akan buatkan kemudian. Nanti taklah kucar-kacir ataupun ada yang tercicir,” balas mummy. Akhirnya aku, Fahmy dan daddy mengalah apabila melihat ketegasan Mummy. Kami tidak mahu mummy terus tersinggung. Dia lebih tahu apa yang perlu dia lakukan.

    Malam itu setelah makan malam, Fahmy menghantar aku pulang walaupun pada mulanya aku menghalang kerana aku tahu dia kepenatan. Namun dia tetap berkeras.

    “Ati dah bersedia ke?” soal Fahmy dalam perjalanan pulang kerumahku.

    “Dah sedia? Sedia apa?” soalku semula. Terpinga-pinga dengan pertanyaan darinya.

    “Dah bersedia untuk menjadi seorang isteri?” soalnya semula.

    “Entahlah. Bila difikirkan balik, takut juga rasanya. Ialah, besar tanggungjawabnya. Nak berkeluarga ni senang tapi nak membentuk keluarga tu bukanlah perkara yang mudah. Semua aspek perlu diambil kira. Tak boleh dipandang enteng,” jawabku. “Macamana dengan Mie pulak? Dah cukup bersedia menggalas tugas sebagai seorang suami?” soalku pula. Aku memandang padanya. Terdengar helaan nafas darinya.

    “Insya ALLAH. Nak kata bersedia seratus peratus tu tak adalah. Tapi, Mie akan cuba menggalasnya dan memperbaiki diri Mie dari masa kesemasa. Kita perlu sentiasa belajar agar rumahtangga kita nanti bahagia keakhirnya,” jawab Fahmy penuh tulus.

    “Betul juga tu. Apa yang penting kita persiapkan diri kita dengan ilmu yang ada. Insya ALLAH setiap jalan yang baik itu pasti akan mendapat keredhaan ALLAH,” sokongku dengan kata-katanya.

    Ya, jika setiap langkah yang kita aturkan mengikut rentak dan jalan ALLAH pasti akan mendapat rahmat dariNYA. Kita akan mendapat keberkatanNYA. Kita akan dilimpahi dengan kurniaanNYA.

    Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU telah menyinari lorong-lorong hidupku dengan cahaya yang ENGKAU kurniakan. Sinarnya memberikan aku arah untuk melaluinya tanpa kesesatan. ENGKAU limpahi daku dengan seribu kenikmatan. Semoga kebahagian menanti diriku dihujung sana. Aku amat bersyukur. Doaku didalam hati.

    “Mie harap apa yang berlaku kepada kita ni berpanjangan. Mie tak mahu ada benda-benda yang tak elok terjadi. Mie berdoa agar apa yang kita hajatkan akan tertunai. Rasanya tak sanggup nak tunggu majlis tu berlangsung. Dan Mie tak sabar menikmati hidup berdua dengan Ati,” kata-kata Fahmy mematikan lamunanku. Kutampar bahunya. Tahu anpa yang dimaksudkan oehnya pada akhir kata-katanya. Lagipun dia tersengih bagaikan kerang busuk.

    “Tak betul ke? Ati tak pernah terfikir ke? Jangan nak bohong. Mana ada orang tak terfikir perkara tu. Semua orang yang dah melangkah kealam dewasa pasti mempunyai keinginan. Tu sebab mereka berkahwin walaupun sekarang ni ada yang tak sempat kahwin,” tegas Fahmy. Mukaku mula merona merah. Aku malu bila perkara itu dibangkitkan walaupun kadangkala aku ada juga memikirkannya. Namun aku membiarkan semua persoalan mengenainya tergantung. Aku gerun memikirkannya. Tak dapat kugambarkan saat itu. Pasti ada yang pengsan kerana ketakutan.

    “Ati ada fikirkan tak?” soal Fahmy masih berkisar tentang topik yang sedang diperkatakan.

    “Ada juga. Tapi tak mahu fikir lebih-lebih. Pada Ati itu semua kurang pentingnya. Apa yang lebih penting bagaimana kita nak mencorakkan keluarga kita. Ati nak kita hidup bahagia macam emak dan abah dan juga mummy dengan daddy. Soal yang itu nombor dua walaupun memang Mie berhak mendapat yang terbaik dari Ati. Insya ALLLAH, dengan izin ALLAH, Mie akan bahagia bersama Ati,” jawabku menutup persoalan yang tak ingin aku perpanjangkan. Walaupun ini juga adalah sebahagian dari tanggungjawabku tapi bukan sekarang masanya. Walaupun aku cuba mengelak tapi segalanya pasti akan berlaku juga satu hari nanti.

    “Mie percaya apa yang ada pada diri Ati adalah yang terbaik buat Mie. Mie tetap akan merasa bahagia. Tak payah nak tunggu majlis tu, Ati sekarangpun Mie dah rasa kasih sayang Ati sedang menjalar dalam diri Mie ni. Mie rasa walau sesusah manapun masalah yang Mie hadapi tapi bila Mie terfikirkan tentang Ati, pasti Mie ketemui jalan penyelesaiannya,” ujar Fahmy lagi. Aku terharu.

    “Bukan kerana Ati semuanya Mie, tapi semuanya datang dari ALLAH. Ati hanya peniup semangat Mie agar Mie tak kalah oleh duniawi. Ati tak mahu Mie terlalai dengan godaan dunia. Ati mahu berikan yang terbaik buat Mie,” aku membalas kata-kata Fahmy. Aku mahu Fahmy tahu bahawa kasih sayang yang aku hulurkan padanya adalah dari hati ku yang suci dan penuh ikhlas.

    “Mie tahu, sayang. Mie berjanji selagi hayat Mie ada, cinta dan rasa kasih Mie hanya untuk Ati. Walau dibarisi seribu jelitawan didunia ini sekalipun, Mie takkan berubah kasih,” janji Fahmy. Aku terkedu dengan kata-katanya.

    “Jangan berjanji, Mie. Tak baik. Kita tak tahu apa yang akan terjadi esok hari. Bukan Ati ragu dengan kasih, Mie. Tapi seeloknya kita berserah dan berdoa semoga jodoh kita berpanjangan,” sangkalku. Aku mahu dia menyedarinya.

    “Tapi, Mie pegang kata-kata Mie,” tekan Fahmy. Aku malas mahu membantah kata-katanya. Aku tahu Fahmy akan terus menegaskannya. Selama aku mengenali dirinya, aku melihat Fahmy seorang yang terlalu yakin dengan kata-katanya dan juga dirinya. Walaupun kita menganggap itu sesuatu yang mustahil, tapi itulah yang akan dilakukan oleh Fahmy. Aku semakin masak dengan perangainya. Akhirnya aku mengiakan sahaja kata-katanya. Aku yakin dengan kasihnya.

    Akhirnya Fahmy melepaskan aku seperti malam-malam sebelumnya. Walaupun hati kami satu, namun ada sesuatu yang membatasinya. Sabarlah, tak lama lagi hati dan perasaan ini tetap menjadi milik Mie yang mutlak. Bisik hatiku sambil menutup daun pintu. Semoga mimpi indah terus menemani lenaku malam ini.




    wedding

    Comments

    anazabri's Avatar
    anazabri
    May 06, 2010

    Salaam dome, ini pastinya gara2 terlalu sibuk.... episod 16 ni dah keluar pada 23 mac laaaa....... ada siaran ulangan yek

    moshtan's Avatar
    moshtan
    May 06, 2010

    Hahahahahahhaaaaa... Patutnya bila baca mcm dh prnh baca.

    Betulla tu kak Ana, dome sgggttt cbuk skrg... Sbb tu dia buat siaran ulangan.

    Kak Ana mcm mn? Harap kak Ana n famili sihat n ceria slalu...

    d0me's Avatar
    d0me
    May 06, 2010

    hahahaha harap maaf,

    episod seterusnya akan di sambung di forum,

    dah slow-slow nak pindahkan sistem TKO ini.

    apapun portal yg ada sekarang ini akan di kekalkan sebagai rujukan dan bahan bacaan.cuma tiada kemaskini

    dhee's Avatar
    dhee
    May 07, 2010

    a'ah la..

    anazabri's Avatar
    anazabri
    May 08, 2010

    ooh nak pindah ke forum plak yek? yg ni jadik la ala ala e-library le nnti...

    moshtan... alhamdulillah kami sihat dan sgt ceria .....

    sweetnovember27's Avatar
    sweetnovember27
    May 12, 2010

    kene masuk forum plak yek..

    Only logged in users are allowed to comment. register/log in



    Di Host & Di Taja Oleh Exabytes Network - Web Hosting Yang Stabil & Bermutu
    Copyright Tokeikedai Online Networks© [Setiu,Terengganu] 1998 - 2009