|
»» Related Links
|
 |
|
|
»» Kaunter
|
 |
|
|
|
»» TKO @ Facebook
|
 |
 |
|
»» Login Ahli
|
 |
|
|
|
»» Hasil Seni
|
 |
Album Sakrat
Koleksi Cerpen
|
|
»» Official Sponser
|
 |
 |
|
»» Online Panel
|
 |
Members: 138299
Visitors Online: 227
Hi,You're our visitors
|
|
|
|

D I G I T A L D O M E - No Light No Life
..:: Diari Hidup Ku - Bahagian 10 ::..
Posted on: Apr 28, 2010 - 04:05 PM by ucu_niza
|
|
Share this articles on Facebook
“Eii, geramnyer aku. Kalau lah aku boleh rotan, dah lama aku rotan budak tu. Menyakitkan hati betul” Luah Cikgu Noor Asyiqin dengan geram. Dihenyakkan punggungnya di atas kerusi. “Kenapa ni Syiqin, marah-marah ni? Budak mana pulak yang buat kau sakit hati ni?” tanya Cikgu Maryam. Kebetulan pulak meja mereka berhadapan. “budak kelas 2 Musytari Kak Yam. Si Danial, murid yang selalu bermasalah tu. Dah elok sekejap perangai, sekarang dah buat perangai balik” jelas Cikgu Noor Asyiqin. Zalia yang sedang menyemak kerja anak muridnya mengangkat muka. “Kenapa pulak dengan budak tu?” tanya Zalia hairan. Minggu lepas dia tengok Danial ok jer. Tak ada pulak bergaduh ngan orang. “Si Danial tu dah mula mengelamun, tak bercampur dengan orang dan buat hal sendiri jer. Bila kiter mengajar, dia tak tumpu perhatian, bila suruh buat latihan, selalu tak siap, bila ditanya, senyap tak bercakap sepatah haram pun” puas hatinya dapat meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.
“Ko tak tanya ker, apa masalah dia? Kau kan guru kelas dia. Dah tanggungjawab kau membantu dia menyelesaikan masalah dia” balas Cikgu Maryam. “Sebelum ni, masa kau cuti hari tu, Danial buat perangai jugak. Siap gaduh-gaduh ngan budak lain lagi. Tapi mujurlah Lia yang tolong settle kan” ucap Cikgu Maryam lagi. “Lia tolong pun bukannya apa Kak Yam, kesian tengok budak tu. Budak pandai tapi bermasalah dengan famili dia. Mak dengan ayah bercerai, anak-anak jadi mangsa” terang Zalia dengan jujur. “Itulah padahnya, kawin cerai, kawin cerai. Anak pulak yang jadi mangsa. Simpang malaikat 44. Mintak jauh-jauh dari aku” balas Cikgu Noor Asyiqin.
“Cikgu Syiqin, Cikgu, ader orang bergaduh dalam kelas” Tiba-tiba, muncul ketua kelas tahun 2 Musytari di muka pintu bilik guru. Beberapa orang guru berpaling ke arah suara itu tadi. Ada yang menggeleng-gelengkan kepalanya, ada yang buat tak tahu sahaja. “Siapa pulak yang bergaduh ni? Tadi elok sajer dalam kelas” Laung Cikgu Noor Asyiqin. Zalia merasa tidak sedap hati. “Danial gaduh dengan Irfan, cikgu” balas murid tadi lagi. “ishhhh!!! tak habis-habis budak-budak ni. Gaduh jer yang boleh diharap” Cikgu Noor Asyiqin bangun dari tempat duduknya terus berlalu mengekori ketua kelas Musytari tadi. Zalia juga turut sama ke sana tatkala mendengarkan nama Danial.
“Siapa yang nak jadi hero sangat tu? Hah?” Jerit Cikgu Noor Asyiqin kepada murid kelas Musytari. Zalia hanya memerhati, mencari kelibat Danial. Masing-masing kelam kabut duduk di tempat masing-masing. Semuanya mendiamkan diri. “Siapa yang nak jadi hero sangat tadi tu? Ha! Keluar lah ke depan.” pinta Cikgu Noor Asyiqin. Masing-masing menundukkan muka. Zalia masih lagi mendiamkan diri. Lagipun Kelas 2 Musytari bukanlah di bawah jagaannya. Biarlah guru kelasnya yang menguruskan hal ni. “Danial! Irfan! keluar ke depan, sekarang!” perintah Cikgu Noor Asyiqin. Dengan malas, Danial dan Irfan bangun juga lalu menapak ke depan kelas. Mereka berdua tahu, mereka pasti akan disoal siasat sebentar lagi. Ini bukanlah kali pertama Danial disoal siasat. Zalia melihat bibir Danial ada sedikit lebam, manakala di bahagian pipi kanan Irfan juga ada lebam. ‘Kuat jugak mereka bertumbuk ni’ Bisik hati Zalia.
“Ikut cikgu ke Bilik Kaunseling” perintah Cikgu Noor Asyiqin lagi. Di sana nanti, mereka akan disoal siasat mengenai kejadian tersebut. Bilik Kanuseling adalah bilik yang paling sesuai untuk ‘membasuh’ mereka yang bermasalah. Sampai saja di sana, Cikgu Noor Asyiqin menyuruh Danial dan Irfan duduk, manakala dia dan Zalia pula duduk bertentangan dengan murid-murid itu tadi. “Sekarang cikgu nak tahu, apa punca yang menyebabkan kamu bergaduh” Cikgu Noor Asyiqin memulakan bicara. Tangannya disilangkan memeluk tubuh. Zalia pula hanya memerhati. Masing-masing masih lagi menyepi. “Kalau kamu tak bagitau kat kami, macam mana perkara ni nak selesai?” Balas Zalia apabila masing-masing hanya mendiamkan diri.
“Siapa yang mulakan dulu, Irfan?” Tanya Cikgu Noor Asyiqin. Suaranya sengaja dikuatkan. Irfan mengangkat muka. “Danial” Jawab Irfan sepatah. “Siapa yang mulakan dulu? Kau yang mulakan dulu kan?” balas Danial tidak puas hati dengan jawapan Irfan. “Kau yang tumbuk aku dulu” balas Irfan sambil menunding jari ke arah Danial. Terasa tercabar, Danial bingkas bangun dari kerusi ingin menyatakan sesuatu, namun ditahan oleh Cikgu Noor Asyiqin dan Zalia. “Sudah.. sudah.. kita datang sini, nak selesaikan masalah. Bukan nak sambung bergaduh” pinta Cikgu Noor Asyiqin. “Dia yang mulakan dulu, dia sengaja nak sakitkan hati saya, padahal saya tak buat apa-apa pun kat dia” terang Danial. Matanya kelihatan berkaca. “Cikgu, dia yang tumbuk saya dulu. Takkan saya nak diamkan diri jer” balas Irfan seraya mempertahankan dirinya. “Nanti dulu, Kamu yang tumbuk Irfan dulu?” Cikgu Noor Asyiqin bertanya kepada Danial. “Tapi dia cakap yang bukan-bukan tentang mak saya” Balas Danial geram. “Irfan cakap yang bukan-bukan tentang mak kamu? Irfan, apa yang kamu cakap tentang mak Danial?” Zalia bertanya ingin tahu. Setahunya mama Danial tidak berada di sini, macam mana Irfan boleh bercakap yang bukan-bukan tentang mama Danial. Irfan menyepi. Dia mulai takut.
“Syiqin, aku rasa better kita soal secara berasingan. Cara macam ni, aku nampak macam tak berkesan la” bisik Zalia kepada Cikgu Noor Asyiqin. Cikgu Noor Asyiqin mengangguk tanda setuju. “Aku pun rasa macam tu jugak. Ko soal Danial, biar aku soal Irfan” balas Cikgu Noor Asyiqin. Zalia membawa Danial keluar dari bilik tu menuju ke Taman Bestari. Di situ, mereka duduk di kerusi rehat yang bertentangan dengan kolam ikan. Zalia membiarkan Danial bertenang seketika. “Ada apa-apa yang Danial nak cerita dengan cikgu?” tanya Zalia. Danial menundukkan mukanya. “Kalau dia tak cakap tu, saya tentu tak akan tumbuk dia” jawab Danial. Walaupun suaranya perlahan namun masih boleh didengar oleh Zalia. “Jadi, betullah kamu yang memulakan pergaduhan ni” tanya Zalia lagi sekadar membuat andaian. “Dia kata mama saya tak sukakan saya, sebab tu mama saya tak jaga saya dari kecik, betul ker cikgu? Betul ke mama saya bencikan saya cikgu?” Danial mula menangis. Akhirnya punca pergaduhan sudah terbongkar. Disebabkan kata-kata Irfan, Danial menjadi marah, lalu menumbuk Irfan di pipi. Lantas, Irfan yang terasa tercabar, membalas semula tumbukan lalu terkena bibir Danial.
Seperti yang dijangkakan Zalia, tebuan tidak akan marah jika orang tidak menjolok sarangnya. Seperti Danial jika, dia tidak akan bertindak sesuka hatinya jika tiada orang mengganggunya. Akhirnya mereka mendapat jalan penyelesaian. Cikgu Noor Asyiqin mengarahkan mereka bermaaf-maafan. Pada mulanya Irfan dan Danial enggan berbuat demikian, namun setelah dipaksa berkali-kali, akhirnya mereka terpaksa juga bersalaman menandakan pergaduhan itu sudah berakhir.
Pergaduhan itu terpaksa juga dimaklumkan kepada Guru Besar. Guru Besar terpaksa mengenakan tindakan ke atas Danial dan Irfan sebagai pengajaran kepada mereka berdua serta murid-murid yang lain. Ibu bapa mereka juga turut akan dipanggil dalam sesi kaunseling nanti. Kadang-kadang Zalia merasa kesian kerana disebabkan masalah keluarga, anak-anak yang menjadi mangsa keadaan. Zalia juga merasa bimbang bagaimana lah kelakuan Syafiqa nanti. Moga, Syafiqa memahami apa yang telah berlaku ke atas keluarganya adalah ditentukan oleh Allah.
Keesokan harinya, kedua ibu bapa Danial dan Irfan dipanggil ke sekolah bagi memaklumkan perihal anak masing-masing. Yang mengejutkan Zalia, mama Danial juga turut hadir ke sesi kaunseling itu. Kalau mama Danial dah balik, mengapa Danial masih bersikap begitu? sepatutnya Danial akan merasa lebih gembira dan bahagia. Hairan.
Zalia masuk ke pejabat lalu mencapai Buku Kedatangan murid kelas di bawah jagaannya iaitu Tahun 2 Jupiter. Sedang dia mengisi kotak-kotak kedatangan, dia disapa oleh Arshad. “Cikgu Zalia” panggil Arshad. Di sekolah, panggilan rasmi haruslah digunakan. Zalia berpaling lalu tersenyum. “Macam mana dengan Danial?” Zalia berbasa basi. Segan pula bila berhadapan dengan mama Danial. “Dah buat salah mestilah kena hukum” balas Arshad. “Lupa pulak. Saya perkenalkan ini Syazlin, mama Danial. Lyn, ni Cikgu Zalia, guru kelas danial” tanpa dipinta, Arshad memperkenalkan Syazlin kepada Zalia. Danial masih lagi diam tidak berkutik pun. Tambah-tambah lagi bila tahu dirinya telah dihukum oleh pihak sekolah. “Hai” sapa Syazlin kepada Zalia sambil tangan dihulurkan. “Hai” Zalia menyambut huluran tangan yang diberikan. “Sebenarnya, saya bukan guru kelas Danial. Guru kelas Danial ialah Cikgu Noor Asyiqin” jelas Zalia membetulkan kata-kata Arshad tadi. “Tapi, bukan ker hari tu awak yang settle kan masalah Danial?” Arshad menjadi hairan. Kalau bukan guru kelas, kenapa Zalia sibuk-sibukkan diri menyelesaikan masalah Danial? “Hari tu, Cikgu Noor Asyiqin tak ada kat sini, dia tengah berkursus kat Kuala Terengganu. Jadi saya lah yang ambil alih tugas guru kelas Tahun 2 Musytari buat seketika” terang Zalia dengan panjangg lebar bagi membetulkan keadaan. “Jadi, ini bukan kali pertama Danial buat perangai?” tanya Syazlin tiba-tiba. Masing-masing saling berpandangan. Rupanya Syazlin belum tahu lagi. “Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Danial dikenakan tindakan. Tapi saya percaya apa yang berlaku bukanlah seratus peratus disebabkan oleh Danial. Danial bertindak macam tu disebabkan kata-kata atau tindakan dari kawan-kawannya” jelas Zalia lagi.
Syazlin mengangguk-angguk tanda faham. “Tapi, kenapa Danial jadi macam tu?” soal Syazlin lagi ragu-ragu. Takkan lah Danial diasuh dengan cara yang tidak elok sehinggakan dia suka mencari gaduh di sekolah. Tidak mungkin keluarga mertuanya begitu. “Mengenai perkara tu, saya rasa lebih baik Puan Syazlin tanya pada Arshad” Balas Zalia sambil tersenyum. Syazli memandang ke arah Arshad. ‘Arshad’ Cikgu Zalia memanggil Arshad ‘Arshad’ bukan ‘Encik Arshad’? rapat kah mereka? Dan ketika itu juga Arshad mengangguk.
Sekembalinya mereka dari sekolah, Arshad berjanji akan menceritakan hal Danial kepada Syazlin, tapi bukanlah didepan Danial. Biarlah hal itu dibincangkan diantara mereka berdua sahaja. Setelah menghantar Danial di rumah, Arshad kembali masuk ke pejabat.
Danial dan Irfantelah dijatuhi hukuman digantung sekolah selama seminggu. Itu adalah merupakan pengajaran yang harus diterima oleh mereka akibat dari perbuatan mereka sendiri. Arshad juga mengenakan perintah berkurung kepada Danial. Dia tidak dibenarkan keluar ke mana-mana kecuali bersama keluarga. Arshad juga telah membuat keputusan meminta Zalia mengajar Danial di rumah sepanjang tempoh penggantungan tersebut. Namun hal itu masih belum diberitahu kepada Zalia. ‘Takkan nak biarkan Danial duduk kat rumah, goyang kaki jer’ fikir Arshad. Lantas telefon bimbit dicapai. Ditekan nombor telefon Zalia.
“Hello, Assalamualaikum” Kedengaran suara dicorong telefon. “Waalaikumusalam. Hai, Zalia. Arshad sini” balas Arshad memperkenalkan diri. “oh, Arshad, ada apa hal?” Zalia bertanya. Hal apa pulak kali ni? Arshad tidak akan menelefonnya jika tidak ada hal yang berkaitan. “Sorry ganggu Lia malam-malam macam ni” Arshad berbasa basi. janggal pula Zalia mendengar tatkala Arshad memanggilnya ‘Lia’. Rasa macam pelik pulak. “Takder apernyer. Ada hal penting ker?”Risik Zalia lagi. Tidak senang duduk dibuatnya. “Memang ada hal sikit saya nak minta tolong dengan Lia ni. Tapi, lagi mudah kalau kita cakap face to face” balas Arshad. “Tak boleh cakap dalam telefon jer ke?” Zalia inginkan kepastian. ‘Hal apa yang penting sangat sampai tak boleh cakap melalui telefon?’ fikir Zalia lagi. “Boleh tu boleh, tapi…” ayat Arshad terhenti di situ. Zalia menunggu namun Arshad terus sepi. Merasa kesian dengan kehampaan Arshad, Zalia setuju untuk berjumpa dengannya di tempat yang ditetapkan. Tanpa disedari, bibir Arshad menguntum senyum.
~Part 11~
“Dah lama sampai?” Tanya satu suara lalu menarik kerusi dihadapannya. Zalia mendongak, mengukir senyuman. “Takder la lama sangat” Balas Zalia. “Hi baby” Sapa Arshad pada Syafiqa. Dicubitnya pipi anak kecil itu. Syafiqa cepat-cepat berselindung disebalik lengan Zalia. Zalia ketawa kegelian melihat gelagat anak kesayangannya itu.
|
Comments
|
|
|
Di Host & Di Taja Oleh Exabytes Network - Web Hosting Yang Stabil & Bermutu
Copyright Tokeikedai Online Networks© [Setiu,Terengganu] 1998 - 2009
|
|