|
»» Related Links
|
 |
|
|
»» Kaunter
|
 |
|
|
|
»» TKO @ Facebook
|
 |
 |
|
»» Login Ahli
|
 |
|
|
|
»» Hasil Seni
|
 |
Album Sakrat
Koleksi Cerpen
|
|
»» Official Sponser
|
 |
 |
|
»» Online Panel
|
 |
Members: 138299
Visitors Online: 172
Hi,You're our visitors
|
|
|
|

D I G I T A L D O M E - No Light No Life
..:: Simfoni Kasih - Episod 14 ::..
Posted on: Mar 07, 2010 - 05:59 PM by d0me
|
|
Share this articles on Facebook
Seperti yang telah dijanjikan, selang dua hari aku kembali menghubungi mak dengan abah. Walaupun aku gementar namun keputusan mereka adalah keputusanku juga. Aku akan turuti dan patuhi segalanya. Namun saat ini aku tiada kekuatan untuk itu. Dadaku berdebar kuat tatkala mendengar suara garau abah dihujung talian. Diriku semakin menggigil dan dadaku semakin gementar.
“Ati sihat?” abah memulakann mukadimahnya. Mungkin dia merasakan aku gementar disini. Jadi dia mahukan perbualan kami menjadi perbualan yang ringan.
Aku segera menjawab pertanyaannya. Kuulang soalan yang sama buat mereka. Tapi, akhirnya aku menangis. Aku semakin takut bila kudengar suara emak yang berada berhampiran abah.
“Betul Ati dah buat keputusan? Ini soal masa depan Ati. Ati yakin Ati boleh hidup gembira dengan dia?” soalan abah terus kepada tujuan asal. Tangisanku semakin kedengaran.
“Janganlah menangis macam ni. Macamana nak beritahu pada abah,” pujuk abah.
“Ati ikut aje apa yang abah dengan mak putuskan,” akhirnya aku mampu bersuara walaupun sendunya masih kedengaran.
“Bukan itu yang abah dengan mak mahu. Abah nak tahu apa yang Ati mahu. Abah cuma bertanya saja pada Ati. Abah nak tahu apa yang ada dalam hati Ati. Bukannya kami yang perlu buat keputusannya,” pujuk abah lagi yang amat memahami situasiku saat ini.
Ya, aku perlu luahkan apa yang ada dalam hatiku agar abah dengan mak tidak merasa gusar dengan keputusan yang telah kubuat. Aku tidak mahu terus berselindung merahsiakan isi hatiku. Abah dengan mak perlu tahu segalanya.
Aku ceritakan saat perkenalanku dengan Fahmy. Aku gambarkan perasaanku pada Fahmy kepada mereka. Aku khabarkan perjumpaanku dengan orang tua Fahmy dan penerimaan mereka. Satupun tiada berselindung.
“Ati tahu mak dengan abah tentu terkejut. Tapi, Ati yakin dengan keputusan ini. Ati tahu Ati boleh sandarkan harapan pada dia. Dia cintakan Ati dan Atipun sayangkan dia. Keluarganyapun dapat terima Ati seadanya. Diaorang baik dengan Ati. Tapi, kalau abah dengan mak tak bersetuju dan membantah, Ati akan ikut cakap mak dengan abah. Jangan bimbang. Ati takkan buat benda-benda bodoh,” ujarku. Aku nyatakan perasaan sebenarku. Aku mahu mak dengan abah mengerti dan memahami apa yang aku rasa.
“Sebenarnya orang tua Fahmy ada datang sini. Jumpa mak dengan abah semalam. Terkejut juga kami,” beritahu abah tiba-tiba. Aku juga terkejut. Bukankah diorang ada di New York berbulan madu. Macamana pulak ada diMalaysia?
“What? Abah ni biar betul. Diaorang ada diNew York la. Pergi honeymoon. Sebelum kesana, diorang ada datang sini,” sangkalku. Bertambah terperanjat aku.
“Memang macam tu rancangan asalnya. Tapi, Fahmy call diaorang, beritahu Ati menangis tak henti-henti. Dia bimbang Ati jatuh sakit. Jadi mereka terpaksa batalkan percutian mereka. Itu yang diaorang datang sini, jumpa mak dengan abah dan nyatakan hasrat mereka,” cerita abah. Aku terpana seketika. Tak sangka mereka sanggup berbuat demikian. Tapi, dalam hati berdongkol marah dengan sikap Fahmy yang kebudak-budakkan.
“Jadi, kami mahu dengar keputusan Ati. Ati dah fikirkan masak-masak ke?” soal abah lembut. Berbalik kepersoalan utama.
“Sudah, bah. I think he’s a right guy for me,” tegasku
“Kalau itu keputusan Ati, kami tak menghalang. Kami tahu apa yang Ati putuskan Ati dah fikirkan masak-masak. Abah dengan mak percaya Ati dah buat keputusan yang terbaik buat diri Ati. Ati jangan bimbang. Mak dengan abah disini akan restui setiap langkah yang akan Ati ambil. Kami restui pertunangan Ati. Nanti Ati berbincanglah dengan Fahmy, ya,” ujar abah.
Sesungguhnya kata-kata abah itu memberikan padaku kekuatan yang telah hilang entah kemana. Aku kembali bersemangat. Aku benar-benar gembira. Sesungguhnya ALLAH telah mempermudahkan segalanya kepadaku. ALLAH telah mendengar setiap doaku. Doaku telah diperkenankan. Aku memanjatkan seribu kesyukuran kehadratNYA.
“Terima kasih abah, mak. Ati bersyukur. Ati percaya pilihan Ati tepat, bah. Dia baik dan bertanggungjawab,” ujarku bersama airmata yang berlinang. Airmata kegembiraan.
Abah meletakkan gagang telefon dengan seribu harapan. Aku mendengarnya bersama sejuta impian. Aku akan peliharai kepercayaan mereka dengan kudratku.
Aku tidak sabar-sabar lagi mengkhabarkan berita gembira ini kepada Fahmy. Aku tahu dia juga pasti tidak sabar mendengarnya setelah melihat kegusaran hatiku beberapa hari yang lepas.
Aku terpaksa menunggu sehingga keesokkan harinya kerana Fahmy telah pergi kerumah makciknya yang telah menetap diGold Cost bersama keluarganya. Aku tidak mahu memberitahunya berita tersebut didalam telefon ketika dia menghubungi aku. Aku mahu melihat reaksinya ketika perkhabaran ini dikhabarkan. Aku mahu melihat riak wajahnya.
Seperti yang dijanjikan aku pergi menemuinya pada sebelah petang. Jelas wajah keletihan tergambar diwajahnya. Aku melemparkan senyuman paling manis buat dirinya yang sering aku rindui.
“Assalamualaikum.........” ucapku seraya melabuhkan diri sebelahnya ditepi tasik itu. Dia mungkin sudah lama menantikanku.
“Waalaikumsalam........” jawabnya. “Sihat?” soalnya. Aku hanya mengiakan. Aku lemparkan pandangan mataku pada ketenangan tasik yang membiru. Kicauan burung seolah mencetuskan satu melodi dan menerbitkan satu irama yang indah pada petang yang redup dimusim luruh ini. Daun-daun kering menabiri suasana.
“Kenapa diam je? Ada yang tak kena?” soal Fahmy apabila melihat aku mendiamkan diri. Aku tersedar dari menungan. Ku pandang wajahnya yang jernih itu. Sesungguhnya wajah itu mendamaikan hatiku. Aku senang ketika bersamanya. Alam bagi ku teramat indah tika ini. Suasana amat menyenangkan. Bayu yang berpuput lembut menyamankan suasana.
“Ati.... kenapa ni? Diam je. Ada yang tak kena ke? Atau Ati ada masalah lagi?” soal Fahmy buat kali ketiga.
“Tidak. Tak ada masalah yang melanda Ati. Cuma Ati senang dengan suasana sekarang. Tenang dan mendamaikan. Hati dan jiwa Ati sedang menghayati ciptaan ALLAH,” ujarku penuh syahdu.
“Kenapa pulak ni? Tiba-tiba Ati jadi seorang penyair yang sedang mengalunkan syair beserta irama yang sungguh puitis,” perli Fahmy sambil tertawa kecil.
“Entahlah, Mie. Namun Ati kagum dengan ciptaan ALLAH. Ati bangga dijadikan sebagai seorang Islam. Penuh dengan kelembutan dan kepercayaan. Sesungguhnya ciptaan ALLAH itu hebat. Dugaan ALLAH itu tepat. Dan takdir ALLAH itu nikmat. Ati bersyukur kerana sesungguhnya ALLAH telah mempermudahkan segalanya untuk Ati,” aku berfalsafah. Fahmy mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti.
“Apa sebenarnya ni, Ati. Mie tak faham apa-apa. Cuba terangkan agar Mie tak pening kepala,” pinta Fahmy.
“Sebenarnya Ati dah telefon abah dengan mak semalam. Diaorang tanya tentang keputusan Ati. Adakah Ati benar-benar yakin yang Mie akan menemani Ati sepanjang hayat kita bersama nanti,” beritahuku. Aku melihat ada kekeruhan diwajah Fahmy. Mungkin dia juga kebimbangan memantikan kata-kataku yang seterusnya.
“Ati bersyukur Mie. Emak dengan abah merestui hubungan kita ni. Abah dengan mak yakin dengan pilihan dan keputusan Ati. Walaupun Mie suruh orang tua Mie jumpa diaorang tapi itu tidak mempengaruhi keputusan mereka. Diaorang akui pada mulanya mereka bimbang dan khuatir andai Ati tersalah pilih. Tapi, Ati yakinkan mereka. Tiada apa yang harus mereka gusarkan. Ati yakin dengan sikap dan sifat yang ada dalam diri Mie,” tegasku. Aku mahu dia mengerti keputusan yang telah kuambil ini akan melibatkan banyak pihak. Aku mahu seluruh keluargaku merestu hubungan suci ini.
Dua minggu berselang kemudian, cincin pertunangan tersarung indah dijari manisku. Makcik Fahmy mewakili orangtuanya menyarungkan cincin pertunangan pada majlis ringkas yang diadakan dirumah sewaanku. Aku amat gembira apabila teman-teman seuniversiti disini berganding tangan menyediakan majlis yang serba ringkas ini. Aku amat terharu.
Kini aku memegang gelaran tunang kepada insan yang pertama berjaya merebut sekeping hatiku untuk dia terus berdiam disitu. Setiap desah nafasku kini adalah miliknya. Aku amat menyayangi dan mencintai dirinya. Namun ku tahu, masih ada batas yang perlu kami turuti. Aku tidak mahu kepercayaan yang diletakkan dibahuku oleh emak dan abah tercalar. Walaupun bercerai nyawa, nama mereka tetap kubawa. Aku letakkan nama mereka lebih tinggi dari maruahku sendiri. Terlalu berat tanggungjawab itu. Aku bersyukur, Fahmy amat memahami diriku. Dia juga ingin begitu. Dia ingin menikmati keindahan malam pertama kami nanti. Aku juga begitu. Malam pertama yang akan menyingkap seribu rahsia.
Kasih semakin utuh, sayang semakin teguh. Aku rasa segala keindahan alam maya adalah untuk diriku. Aku sedang menikmati saat kemanisan yang dianugerahkan oleh ALLAH. Aku sering berdoa agar segala keindahan yang sedang aku nikmati ini akan berterusan selamanya. Biarlah aku dijauhi dari segala keburukan yang akan memusnahkan segalanya. Sesungguhnya aku tiada kekuatan untuk menghadapi saat itu.
Kami tetap menjalani rutin kami sebagai seorang pelajar yang seringkali menuntut pengorbanan untuk secebis ilmu. Kami tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kami walaupun sudah bertunang. Aku mahu emak dengan abah tetap berbangga denganku. Sesungguhnya keputusanku untuk mengikat tali pertunangan bukanlah halangan untuk aku terus berjaya. Malah aku mahu mereka tahu bahawa aku telah menjumpai sinar kebahagian bersama ikatan ini.
|
Comments
|
|
|
Di Host & Di Taja Oleh Exabytes Network - Web Hosting Yang Stabil & Bermutu
Copyright Tokeikedai Online Networks© [Setiu,Terengganu] 1998 - 2009
|
|