|
»» Related Links
|
 |
|
|
»» Kaunter
|
 |
|
|
|
»» TKO @ Facebook
|
 |
 |
|
»» Login Ahli
|
 |
|
|
|
»» Hasil Seni
|
 |
Album Sakrat
Koleksi Cerpen
|
|
»» Official Sponser
|
 |
 |
|
»» Online Panel
|
 |
Members: 138299
Visitors Online: 230
Hi,You're our visitors
|
|
|
|

D I G I T A L D O M E - No Light No Life
..:: Cinta Itu Masih belum Terpadam - Episod 22 ::..
Posted on: Nov 13, 2009 - 03:57 AM by anazabri
|
|
Share this articles on Facebook
“Apa masalah kita?” Tanya Hisyam kembali.
Azlina melihat wajah Hisyam, cuba mencari makna kata-katanya itu. Tapi wajah Hisyam tidak membayangkan apa-apa, tiada marah, atau sedih, atau kecewa. Dia begitu bersahaja. Entah kenapa sikap bersahaja Hisyam itu menyentuh perasaan Azlina. Memang benarlah apa yang dia fikirkan selama ini. Sayang Hisyam kepadanya sudah tidak ada lagi. Dan itu semua adalah kesilapannya juga.
Azlina menarik nafas dalam. Ada rasa sebak di hatinya. “I’m sorry, Bang. Maafkan Lina. Lina bersalah sebab selama ini Lina tak jalankan tanggungjawab Lina sebagai isteri. Lina terlalu pentingkan perasaan Lina. I’m sorry.” Airmatanya tidak terbendung lagi. Azlina bangun. Dia sudah tidak mahu dekat dengan Hisyam lagi. Dia sudah tidak layak berada di sisi Hisyam lagi.
Hisyam terkejut melihatkan reaksi Azlina. Dia sememangnya tidak bersedia dengan perubahan sikap Azlina sejak akhir-akhir ini. Azlina semakin banyak bicaranya dengan Hisyam, tidak seperti dahulu. Itu semua membuatkan dia bersikap seperti acuh tidak acuh sahaja. Hakikatnya dia bagai tidak bersedia menghadapi perubahan sikap Azlina itu.
Hisyam memandang Azlina yang berdiri tersandar di dinding. “Kenapa Lina?” Tanya Hisyam. Dia kehilangan kata-kata sebenarnya. Azlina mengesat airmatnya. “Lina ingat biarlah Lina balik Malaysia, duduk dengan emak dan ayah Lina. Lina ingat nak cuba kerja semula kat Malaysia.”
Hisyam terkejut lagi. Semua yang berlaku di ketika itu memang tak dijangkanya. “Tapi, Lina. Kalau nak tukar kerja ke Malaysia semula, Abang kena apply untuk transfer. Tak taulah berapa lama tu.”
Azlina memandang Hisyam. Hatinya hairan kenapa Hisyam seperti tidak mahu mengerti permasalahan rumah tangga mereka.
“Abang, hidup kita berdua dah tak ada makna lagi. I do not know how to define our relationship. It certainly doesn’t look like a marriage.”
Hisyam mengeluh. Azlina lebih berani menghadapi kenyataan dari dirinya sekarang. “I’m sorry, Bang. Lina bukan salahkan Abang. Semua ni salah Lina,” Lina bersuara apabila Hisyam hanya berdiam. “Biarlah Lina balik.”
Ada rasa kekosongan yang menjengah di hati Hisyam mendengar kata-kata Azlina. “You masih cintakan Lina, Hisyam. Cubalah cari semula cinta itu. I pasti cinta you pada Lina masih belum terpadam.” Dia teringat kata-kata Nabila. Mungkin ada benarnya kata-kata Nabila itu.
Hisyam bangun dan melangkah perlahan ke arah Azlina. Dia berdiri dekat dengan Azlina yang tunduk. “Lina, pandang Abang,” Hisyam meminta dengan suara perlahan. Azlina mendongak mengarahkan pandangannya ke wajah Hisyam. Hisyam merenung mata bundar isterinya. Sudah bertahun dia ingin bertentang mata dengan Azlina, mahu menyelam perasaan isterinya. Tetapi Azlina selalu mengelak. Dan akhirnya dia biarkan mereka terasing.
Azlina berkerut apabila Hisyam merenungnya lama. “Kenapa, Bang?” Tanyanya perlahan.
“Ada kawan Abang beri nasihat supaya cari balik cinta Abang pada Lina. Kata dia, dia pasti cinta Abang pada Lina belum terpadam,” Hisyam bersuara separuh berbisik. Wajah Azlina berkerut. Dia cuba melangkah setapak ke belakang, tetapi tidak boleh kerana tubuhnya memang sudah rapat ke dinding.
Hisyam tidak berkata apa-apa. Hanya terus merenung wajah Azlina. Hisyam melangkah lagi ke hadapan sehingga kedudukannya terlalu rapat dengan Azlina. Azlina bagai tidak keruan berada terlalu dekat dengan suaminya. Hisyam mengusap pipi Azlina dengan tangan kanannya, “I’m sorry, Lina. Abang pun bersalah dengan Lina.” Perlahan tangan Hisyam melingkari bahu Azlina dan memeluk erat tubuh Azlina. Azlina membalas pelukan suaminya itu. “Lina terlalu sayangkan Abang.Tapi selama ni Lina tak dapat bahagiakan Abang. Anak yang Lina lahirkan tak sempurna. Dan sekarang Iqa dah tak ada. Lina hanya ada Abang. Tapi.....”
“Shh.....don’t say anything more. Abang tahu semua itu. Abang pun bersalah. Abang biarkan Lina kesedihan seorang. Abang pentingkan diri sendiri,” Hisyam bersuara kesal. Dan terlerailah segala kekusutan yang membelenggu fikiran dan kehidupan mereka selama ini.
“Am I disturbing you?” Kedengaran suara Hisyam di hujung talian. Nabila teragak-agak menjawab, “Errr….taklah. I’m taking a rest.” Sememangnya dia sedang menghirup secawan Nescafe. Dia sedang membelek-belek fail-fail yang dia bawa pulang dari pejabat tadi. Segalanya sudah berakhir buat Nabila. Betapa dia merasa begitu lega. Dia telah menghantar thesisnya pada tengahari hari Jumaat itu. Rasa tidak sabar untuk pulang ke Malaysia. Sebenarnya dia begitu rindu untuk kembali semula mengajar di universiti, rindu untuk kembali kepada suasana keMalaysiaan dan paling rindu untuk bertemu semula emak, ayah, dan abang-abangnya.
“I was just wondering how you were getting on,” kata-kata Hisyam mengembalikan mindanya kepada Hisyam di talian. “Alhamdulillah, I have submitted tadi,” balas Nabila. “Congratulations!“ Hisyam mengucapkan tahniah. Sebenarnya dia mengetahui tentang Nabila yang akan selesai dan balik ke Malaysia tidak lama lagi dari Zahid. Dia bertemu Zahid semasa solat Jumaat.
“I dengar juga you akan submit. Tak sangka pula you dah submit tadi.”
“I submit tengahari tadi.”
“So tak lama lagi you balik Malaysia lah ye?”
“Insyaallah dalam masa beberapa minggu lagi. Belum terima tiket lagi” Nabila memberitahu.
“I think Lina would like to see you. Lama juga kita tak berjumpa,” Hisyam menggunakan Azlina sebagai alasan. Tetapi ada kebenaran juga apa yang dikatakannya. Malam tadi Azlina membangkitkan yang mereka sudah agak lama tidak berjumpa Nabila. Kali terakhir ialah awal Disember lepas. Nabila masih ingat dia meminta untuk tidak mahu berjumpa Hisyam atau Azlina kerana mahu menumpukan perhatian kepada penulisan thesisnya.
“Oh?” Nabila sedikit terkejut mendengarkan Azlina mahu berjumpa dengannya. Disangkakannya Azlina sedang menghadapi masalah. Hisyam tersedar akan nada Nabila yang terkejut itu.
“She’s fine, she’s fine. Dia ada cakap lama tak jumpa dengan you,” Hisyam meredakan perasaan Nabila. “Kalau bila-bila you free, we can get together. If that’s alright with you,” Hisyam menyambung kata-katanya. Nabila terdiam beberapa ketika. Peristiwa pertemuan dengan Zafrim di rumah mereka dan persoalan mereka bertiga terlintas di fikirannya. Semuanya masih terkesan di perasaannya terutama sekali pertemuannya dengan Zafrim.
“Boleh juga,” Nabila bersetuju. Tetapi Hisyam bagai dapat mengesan kegusaran pada suara Nabila. “Kalau macam tu nanti I suruh Lina call you to set the date and time.” Mereka memutuskan perbualan.
|
Comments
ummieliza
Nov 13, 2009
|
bestnyee..... ok next. klau dh balik m'sia mesti bertambah menarik.... jgn lama sgt kak ana, tak sabar nk tunggu episod seterusnya.
|
anazabri
Nov 14, 2009
|
uh uh adik ummieliza, sabor je la yek. hmm menarik ye bila dah balik.... adakah cinta lama bercantum atau akan lebih kusut???
|
dhee
Nov 14, 2009
|
lame tunggu..up lagi ana..dah ++ best ni..
|
wallflower689
Nov 15, 2009
|
kak ana, tolong.. pleaseeee... cepat2kan cerpen CIMBT tu.. tiap2 hari saye jenguk ke tokeikedai nih.. kecewa bile takde.. isk2.. next please.. n please hurry.. hikhik p/s Cinta lama akan kusut kejap je, pastu lame2 dia cantum balik.. cam kite sikat rambut.. hikhik.. betul tak?
|
suhanas
Nov 15, 2009
|
huhu..semakin rasa ingin tahu cite selanjutnyer...
|
anazabri
Nov 16, 2009
|
iye iye nnti kita up and up and up lg he he he. wallflower: bila tengok singkatan CIMBT dah mcm nama bank la pulak kah kah kah.
|
Dinna78
Nov 16, 2009
|
he......he.....he berbaloi letih2 blk dr kursus...buka web ada smbugan cerpen. tq
|
|
|
|
Di Host & Di Taja Oleh Exabytes Network - Web Hosting Yang Stabil & Bermutu
Copyright Tokeikedai Online Networks© [Setiu,Terengganu] 1998 - 2009
|
|