Tokeikedai Online Hyper Portal
Tokeikedai Online Hyper Portal
Simfoni Kasih - Episod 15
<description>Dalam aku melewati detik waktu, kini perjalananku sudah sampai kepenghujungnya. Telah dua minggu aku dan Fahmy bersengkang mata mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan akhir semester. Ini adalah semester terakhir kami disini. Setelah pesta konvo, berangkatlah aku meninggalkan bumi asing ini yang telah banyak menabur jasa menjadikan aku seorang insan yang berilmu.
Setelah bertungkus lumus menghadapi peperiksaan akhir, akhirnya aku menarik nafas lega. Semoga kebahagiaan ini akan terus menjadi milikku. Aku dan Fahmy mengambil keputusan untuk menghabiskan waktu dengan bercuti disini sementara menantikan hari konvokesyen. Kami ingin menikmati keindahan negara yang mempunyai satu negara satu benua ini bersama-sama teman-teman dari Malaysia.
Simfoni Kasih - Episod 14
<description>Seperti yang telah dijanjikan, selang dua hari aku kembali menghubungi mak dengan abah. Walaupun aku gementar namun keputusan mereka adalah keputusanku juga. Aku akan turuti dan patuhi segalanya. Namun saat ini aku tiada kekuatan untuk itu. Dadaku berdebar kuat tatkala mendengar suara garau abah dihujung talian. Diriku semakin menggigil dan dadaku semakin gementar.
“Ati sihat?” abah memulakann mukadimahnya. Mungkin dia merasakan aku gementar disini. Jadi dia mahukan perbualan kami menjadi perbualan yang ringan. 
Simfoni Kasih - Episod 13
<description>Setelah tiga hari membuat keputusan itu dan bersolat Istikharah, aku akhirnya memberanikan diri menghubungi emak dan abah di Malaysia. Jarak perbezaan waktu yang lebih kurang sama dengan Malaysia, memudahkan aku menghubungi mereka diwaktu petang. Aku lebih selesa berbincang tatkala kebanyakan teman-teman serumahku tiada dirumah. Ada yang kekuliah dan ada yang keluar berjalan-jalan. Kini tinggal aku sendirian dirumah ini.
Aku segera bertanya khabar apabila kedengaran suara emak dihujung talian. Seperti biasa emak akan menangis apabila menyatakan kerinduannya padaku. Aku faham naluri seorang ibu. Aku juga begitu. Turut merindui mereka dalam diamku. Aku tidak mahu begitu teruja menyatakan pada emak kerana ini akan membuatkannya bertambah sedih.</description>
Satu Janji
<description>Sudah 3 tahun berlalu hubungan aku dengan si dia , hubungan kami semakin rapat tatkala aku semakin 'serius' dengan nya . Semakin hari semakin sayang , tiada apa yang dapat yang memisahkan kami pada waktu ini , aku harap aku akan kekal bersamanya sehingga tua nanti . Aku pernah berjanji dengan si dia bahawa aku akan mengahwininya dan aku pernah meluahkan rasa rinduku pada si dia pada luahan hati ini , aku BERJANJI aku akan mengahwininya , apa yang membuatkan aku teruja apabila memikirkan balik tentang kami apabila aku mula bercouple dengan si dia , dahulu kala sewaktu aku bersekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah , aku boleh dikatakan kurang pandai dalam matapelajaran. </description>
Is it a payback?
<description>salam sejahtera buat semua. 
saat ini aku sungguh keliru dan buntu. ku kira ada sedikit kecewa dalam hati. juga ada perasaan terkilan dan tak puas hati. hmm... dari mana nak mula ya? 
aku kenal dia sudah lama. sejak zaman sekolah menengah lagi. tapi dia bukan siapa-siapa padaku waktu itu. kewujudan dia di sekolah pun aku sedari hanya dalam tingkatan 3. sedangkan dia agak terkenal di sekolah dengan kebaikan & kecerdikannya. tapi biasalah aku...tak pernah ambil peduli pihak yang tak berkenaan dalam hidupku. sifat yang masih mekar dalam diriku hingga saat ini. cuba kubaiki namun masih belum berhasil.</description>
Emosi 1 : Tolong Punya Pasal
<description>Pelik dengan tajuk ni, kan?! Entah kenapa isu sebegini perlu dikongsi. Mungkin kerana terlalu ramai insan2 yang memerlukan pertolongan dna seharusnya di tolong dengan penuh keikhlasan. Pernah terjadi, di mana kita bersungguh-sungguh membantu. Tanpa balasan dan sedikit pengorbanan. Ingin dikongsikan satu kejadian yang mungkin akan berbekas selamanya. Dalam kehidupan menjadi seorang sahabat dan kawan.
Kisah 1:
DI tengah kota KL yang maju membangun ni, datanglah seorang hamba Allah swt yang benar-benar perlukan pertolongan. Kerana kita diberi sedikit kemudahan pengangkutan. Kita ikutkan ke mana saja dia ingin temuduga. Datang ke KL tanpa kerja dan ingin memulakan kehidupan baru. Meninggalkan keluarga , teman-teman serta kerjaya lamanya. Kl di datangi, dan memohon simpati dari kawan yang bergelar sahabat. Alhamdullillah. Bertambah seorang sahabat.</description>
Diari hidup Ku - Bahagian 9
<description>“Ibu tunggal?” tanya Puan Arfah seakan tidak percaya. ‘Takkan lah muda macam ni dah jadi janda’ bisik hati kecil Puan Arfah. “Sebenarnya, Syafiqa tu anak sedara dia. Anak kepada kakak Zalia. Tapi, iyalah kuasa Allah kita tak boleh nak lawan. Kakak Zalia dan suaminya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Itulah sebabnya Zalia ambil keputusan untuk jaga si kecik tu” terang Puan Rashidah dengan panjang lebar. Tersentuh hati Puan Arfah tatkala mendengarnya. Mati-mati dia ingatkan Zalia sudah berkahwin dan mempunyai anak. “Takziah saya ucapkan cik Rafidah. Kesian betul saya dengarnya. Kecik-kecik lagi dah jadi anak yatim piatu” balas Puan Arfah. “Terima kasih lah Cik Arfah” jawab Puan Rafidah.</description>
Sembang Tepi Jalan - Bab 141 - Watak
<description>Selamat tahun baru kepada pembaca STJ..Aku biasa saja..Hidup pun elok kalau kita rasa kita ni biasa-biasa saja..Anggap disekeliling kita tak lebih dari watak yang sedang bekerja,menjalankan watak yang diamanahkan kepada mereka untuk dijalani.Sebab semuapun bolehlah kita katakan sarung..yang akan mereput dan mereput yang akhirnya akan menjadi tanah juga..Jadi tak payahlah nak mengagungkan segala pun watak dimukabumi ini yang hanyalah bersifat sementara dan pinjaman cuma.Memuja aatau mengagungkan itu boleh membawa taksub/takut yang membawa kita kepada khurafat.
Semenjak dua menjak ni banyak program seni yang berlangsung,yang mana aku pun terlibat sama menjayakan.Banyak watak-watak menarik yang boleh kitalihat..Ada yang mengampu,ada yang ditipu,ada yang seronok macam hidup ini dia yang punya,ada yang bersedih,meratap seolah kiamat sudah dekat..Biarlah mereka..sebab mereka sedang bekerja..</description>
Bernafas Dalam Cintamu ( buat suami tercinta )
<description>(buat suami tercinta, "selamat hari lahir") 
Dingin hujan memanggil rindu padamu
Siksa terik mentari bagai tiada kesan
Tatkala wajahmu di bayang mata
Resah jiwa dan raga
Bagai ada yang memanggil
Untuk pulang pada yang dicinta
Kenangan Dengan Awak [ Part 2 ]
<description>Saya selalu panggil awak ‘orang tua , kedekut ‘ , awak kata tak baik panggil awak macam tu . awak kan bf saya. Saya tak panggil awak macam itu dah kecuali kalau saya nakal. One day lagi , saya balik kampung dekat perlis , awak teman saya sepanjang dekat perlis itu. Ada satu pagi itu , saya boring sangat sangat . Tak pernah saya bangun awal pagi semata mata nak telifon awak . Bila saya cakap selalu nya , saya tak pernah lembutkan suara. Tiba tiba , pagi tu , manja nya saya. Awak kata , lain kali macam tu lagi yer. Manja kan best. Yer , saya tahu , Sepatutnya memang kena macam tu. Tapi , bergaduh dengan awak ini lah buat saya semakin sayang dengan awak.Tersengih saya ,bila awak hantar mesej macam itu. Saya fikir , sebab nenek saya ada dekat sebelah baru saya cakap lembut lembut.hehe. Bila saya boring , awak layan saya , sampai naik muak kan.? Hehe.
Kenangan Dengan Awak [ Part 1 ]
<description>Saya ingat. Dan masih lagi ingat.Di suatu pagi , awak hantar mesej , “ Nah , lembu seekor , amek lah free jea , wat semelih korban. “ Bermula dari situ lah , saya bahagia .  Dan bahagia  bersama awak . Dulu , saya sangat mudah menuturkan kata kata sayang , lama lama saya berubah. Saya makin malu , saya tak faham kenapa saya begini , bila awak suruh saya sebut sayang , saya elakkan diri , saya tukar topik. Awak teruskan juga niat awak , sampai lah saya cakap.
Cinta Itu Masih Belum Terpadam - Episod Akhir
<description>Zafrim memerhatikan Mamanya yang sedang menggemburkan tanah dari jendela bilik tidurnya. Halaman rumah mereka memang kehijauan. Mamanya lebih gemar menanam pokok-pokok yang menghijau daripada menanam pokok-pokok bunga. Ada beberapa jenis pokok bunga, itupun Fadhilah, isteri Zaidi yang menanamnya. Memang cocok benar ibu mertua dan menantu berkongsi hobi yang sama. Sebab itulah Mamanya sayang benar dengan Fadhilah. Lagipun keluarga Fadhilah tinggal di England. Puan Surayalah tempat dia menumpang manja.
Ibunda
<description>Masih ku ingat detik itu. Hampir 5 tahun kukira, ibunda tercinta pergi meninggalkan dunia fana ini. Terkilan diriku tatkala tidak sempat berada disamping beliau saat hembusan nafas terakhir. Mungkin sudah suratan aku bukanlah manusia yang Tuhan tentukan untuk bersama mama buat kali yang terakhir. Tetapi Alhamdulillah... waris nya yang kukira mama sangat sayangi iaitu kedua-dua abangku sempat menemani beliau melalui saat-saat yang paling menyakitkan itu. Pergilah mama.... aku redha. Mungkin dengan pemergian mu dapat menghilangkan segala derita penyakit yang kau tanggung. 
Selamat Hari Raya AidilAdha - Marilah Berkorban
<description>Untuk semua pelawat Tokeikedai Online (TKO) sila baca berkenaan kutipan yang sedang berlansung untuk portal Tokeikedai Online melalui link di bawah. 
http://www.tokeikedai.net.my/forum/viewtopic.php?f=3&t=12452
terima kasih :)</description>
Cinta Itu Masih Belum Terpadam - Episod 23
<description>Keesokan harinya, Azlina menelefon Nabila dan mengajaknya untuk makan malam bersama. Nabila menerima jemputan Azlina itu. Walaupun masih ada rasa gusar memikirkan peristiwa beberapa bulan yang lalu, Nabila memutuskan yang dia mahu mengakhiri kekusutan antara mereka bertiga sebelum dia berangkat meninggalkan Canberra. Berjumpa dan berhadapan dengan Hisyam dan Azlina adalah yang terbaik dirasakannya. 
Hikmah segalanya.
<description>Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah…………………..
* supaya kita dapat menjadi penilai yang baik..
* supaya kita sedar, Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah..
* supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA..
* supaya kita sedar, Bahawa ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG, kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita dimasa hadapan…
* supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalamninya. .
* supaya kita menjadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA..
* supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH..
* supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL..</description>
Sembang Tepi Jalan - Bab 140 - sehari dan semusim
<description>Sehari-hari ini adalah untuk semusim yang sibuk .Untuk sebuah kehidupan,ye sibuklah..itu hari launching buku,Pyanhabib lancarkan,terimakasihlah atas sokongan dan review atau ulasan.Sehari dua ni juga,penyakit malas menulis pun datang..Memang gitulah..Malas menulis,membaca,aku banyak berjumpa kawan-kawan saja..perform sana sini.Untuk sebuah kehidupan,memang beginilah cerita dan jalannya.
Bila siri artikel STJ(sembang tepi jalan)ni dah dibukukan dan dijual pada khalayak ramai,aku dah jadi janggal pulak!ha ha ha..Ye lah,artikel-artikel yang aku tulis semuanya spontan saja..macam catatan,mungkin juga autobiographi.Tak laa menarik sangat pun.Pun begitu seperti kata Pak Samad itu hari,ada juga yang bagus..ha ha..
Aku di Nodai oleh .....
<description>Pada pendapat saya pendidikan akademik asas sehingga tahap Sijil Pendidikan Malaysia atau SPM di negara ini belum cukup untuk menjadikan seseorang itu memiliki pemikiran yang dinamik, kreatif, analitik dan sebagainya. Kalau adapun mungkin hanya sebilangan kecil darinya. Keadaan ini menyebabkan ramai yang bila diterapkan sesuatu isu mereka hanya mengikut tanpa banyak soal. Mereka tidak mempersoalkan akan kebaikan mahupun keburukannya, hak atau batil, salah atau benar baik dari sudut kemanusiaan mahupun dari sudut hukum hakam ugama.  </description>
Cinta
<description>apakah erti cinta pada kamu?
pada saya? saya sendiri belum menemui yang spesificnya.. yang mana maksudnya sama bagi semua makhluk di muka bumi ini... bagi saya cinta itu luas, cinta itu tiada batasan, cinta itu indah... cinta kepada Pencipta kita itu abadi, cinta kepada keluarga itu mendamaikan, cinta kepada sahabat itu memberi kita kekuatan, cinta kepada si Dia yang bakal bergelar suami/isteri itu membahagiakan....cinta mewarnai hidup kita... cinta mengajar kita erti ketabahan, kesabaran, keihklasan dan memberi kita nafas yang segar setiap masa.... namun... lumrah hidup, fitrah hidup kegembiraan dan kedukaan silih berganti....kedukaan itu bukannya pemusnah cinta atau memusnahkan cinta tapi kedukaan juga mampu menjadi pengukuh cinta... kerna cinta mengajar kita erti ketabahan.. kerna DIA telah menjanjikan setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.. yakinnya kita tentang cinta menjadikan kita teguh berjalan dijalan yang lurus....</description>
Cinta Itu Masih belum Terpadam - Episod 22
<description>“Apa masalah kita?” Tanya Hisyam kembali. 
Azlina melihat wajah Hisyam, cuba mencari makna kata-katanya itu. Tapi wajah Hisyam tidak membayangkan apa-apa, tiada marah, atau sedih, atau kecewa. Dia begitu bersahaja. Entah kenapa sikap bersahaja Hisyam itu menyentuh perasaan Azlina. Memang benarlah apa yang dia fikirkan selama ini. Sayang Hisyam kepadanya sudah tidak ada lagi. Dan itu semua adalah kesilapannya juga. 
Memori Semalam
<description>Hai awak…leh berkenalan?
Cannot identify number? Hisy sape lak nih! Makhluk mana yang rajin sedekahkan 5 sen dia ni!...Huh,malas nak melayan
Kalau saya sejuk,Tuhan bagi matahari untuk panaskan saya,kalau saya panas,Tuhan bagi angin untuk sejukkan saya ,dan..kalau saya sunyi..Tuhan bagi awak untuk jadi teman saya,supaya saya takkan sunyi lagi!
Dah bengang nih,sape yang sibuk-sibuk nih!</description>
Hati
<description>Oleh : Muhammad Jefri bin Mohd Yusof
Krrriing....
	Anak-anak kecil berduyun-duyun melewati pintu pagar sekolah. Entah apa yang dikejarnya. Sinaran mentari terik tidak diendahkan mereka.  Jeritan pak Guard meminta mereka menunjukkan sedikit tingkah manusia, tenggelam dalam keasyikan dunia tanpa dosa anak-anak kecil itu.  Biarkan.  
Aci yang menjual ABC tidak lepas tangan melayan anak-anak yang rakus itu. Banyak karenah dilihat. Penuh ragam tengah hari itu.</description>
Cinta itu Masih Belum Terpadam - Episod 21
<description>Malam itu Azlina menunggu Hisyam pulang. Hisyam keluar bersama Zafrim. Masuk ke bilik, Hisyam agak terkejut melihat Azlina sedang duduk tegak di atas katil sambil memegang surah yassin ditangan. Hisyam tidak berkata apa, terus masuk ke bilik air. 
“Abang,” Azlina memanggil Hisyam setelah Hisyam selesai solat Isya’. Hisyam memandang Azlina sekilas lalu dia duduk di sofa. Tangannya mencapai suratkhabar yang memang terletak di atas sofa. Azlina beralih duduk di hujung katil mengadap Hisyam. Hisyam agak tidak keruan. Sudah lama rasanya mereka tidak duduk berhadapan begitu. Sepanjang beberapa hari Zafrim ada, Hisyam tidur di bilik itu tetapi di atas sofa. </description>
Diari Hidup Ku - bahagian 8
<description>Akhirnya tercapai jugak impian Danial untuk pergi bercuti. Mereka memilih Genting Highlands kerana taman tema itu sangat sesuai untuk mereka yang inginkan hiburan bersama keluarga. Mereka bermain dengan sepuas-puasnya. Danial merasa sangat gembira dapat bersama-sama dengan papanya. Sudah lama dia menunggu saat-saat sebegini. “Danial nak ais krim?” Tanya Arshad. Dia terpandangkan sebuah gerai yang menjual ais krim. “nakkkkkkkk” cepat-cepat Danial menjawab. “Jom” Arshad memimpin tangan anaknya lalu berlari ke gerai ais krim. Sambil menikmati ais krim yang dibeli, tiba-tiba telefon bimbit Arshad berbunyi.
Takdir Cinta
<description>Kiranya tempias membasahi jendelamu
Itulah air mataku mengingatimu
Tanpamu sedari ada darah di jarimu
Itulah tandanya sesuatu terjadi kepadaku
Andainya kau terbatuk
Itulah tandanya aku termimpikanmu
Andainya kau tersedar
Tika Al Quran mendayu di subuh sunyi
Itulah tandanya aku pergi dulu sebelummu